Friday, 15 April 2016

Isu RM2.6 Bilion : Ramesh Rao Bertanya, Adakah Dr Mahathir Akan Mohon Maaf?


Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Rames Rao membangkitkan satu persoalan hari ini adakah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memohon maaf selepas terbukti salah berkenaan derma RM2.6 bilion yang dituduh oleh beliau adalah wang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hari ini, satu kenyataan dari Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir dikeluarkan media mendakwa Arab Saudi mengesahkan ada menderma kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ia adalah derma ikhlas.
Ramesh dalam satu kenyataan media hari ini berkata, perbuatan memohon maaf adalah sesuatu yang susah dan paling tidak disukai oleh Dr Mahathir biarpun terbukti beliau salah.
“Beliau mungkin biasa mengaku salah tetapi untuk beliau meminta maaf secara ikhlas dan kemudian berhenti dari melakukan kesalahan sama agak mustahil untuk berlaku sepanjang saya mengenali beliau dalam politik.
“Isunya, mengenai kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Juberi di Istanbul, Turki bahawa sumbangan derma RM2.08 bilion yang disebut sebagai RM2.6 bilion disahkan memang sumbangan derma dari kerajaan mereka,” kata Ramesh.
Beliau berkata ada keperluan untuk Dr Mahathir memohon maaf kerana sebelum ini hadapan media tempatan dan antarabangsa, beliau menjaja cerita bahawa Najib mengambil duit berkenaan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dimasukkan ke akaun peribadinya.
“Saya tahu, jika matlamat Dr Mahathir bukanlah mengetahui jawapan sebenar, beliau tidak akan berhenti dari terus menuduh dan menyalahkan Najib malah tidak akan teragak-agak memutarbelitkan kenyataannya sendiri demi kepentingan agendanya.
“Sebelum ini dakwaan berkenaan telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan didapati tiada salah laku kerana wang berkenaan telah disahkan disumbangkan kepada Najib dari keluarga Diraja Arab Saudi oleh SPRM,” katanya.
Ramesh turut melontarkan pertanyaan sama kepada pihak yang bersama-sama Dr Mahathir turut menyalahkan Najib dalam hal ini khususnya bekas Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga bersekongkol dengan Dr Mahathir.
Laman portal Sarawak Report (SR) yang didalangi Clare Rewcastle Brown juga perlu memohon maaf atas kerja jahat ini menggunakan cerita fitnah semata-mata mahu menjatuhkan seorang Perdana Menteri sebuah negara berdaulat seperti Malaysia.
Beliau percaya, rakyat Malaysia yang matang tidak akan terpengaruh dengan permainan politik dengan modal murahan seperti ini.
“Saya percaya untuk rakyat Malaysia yang betul-betul matang, kenyataan dari Adel hari ini adalah satu perkara yang sepatutnya menjadi penamat dalam isu kontroversi dana RM2.6 bilion yang dijadikan modal politik murahan oleh Dr Mahathir,” kata beliau.
– PRU14.tv

Related Posts:

  • Dulu M 40 Kini Jatuh Miskin  Angkara Covid 19 telah menukar hampir 580,000 isi rumah dari kumpulan B 40 ke M 40. Dasyatnya bahana Covid 19.Dianggarkan jumlah kemiskinan isi rumah di Malaysia meningkat daripada 405,000 pada 2019 kepada 640,000.Pekar… Read More
  • BN Siap Hadapi PRN MelakaMaklumbalas Pilihanraya Negeri Melaka terkini  setiap  parti telah mempersiapkan barisan jentera masing-masing dengan memilih calon-calon sesuai untuk menghadapi ‘perang’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada … Read More
  • DS Rosmah Dibenarkan Ke Singapura Melawat Anak BersalinDatin Seri Rosmah Mansor,  isteri Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri ke 6 dibenarkan untuk mendapatkan semula pasport daripada Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.Ia selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permoho… Read More
  • UMNO Parti Milik Rakyat, Perjuangkan Kewajipan Tanpa Ragu-Ragu – Ahmad Zahid Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO sebagai parti milik rakyat perlu terus memperjuangkan kewajipannya tanpa ragu-ragu kerana keutamaan parti adalah demi masyarakat Malaysia dan tanah airnya.Teg… Read More
  • DARURAT TIDAK PERLU CUKUP DENGAN PKP 2.0 - NAJIBDarurat terbukti tidak memberi apa-apa tetapi hanya membawa kepada mudarat dan kesan negatif ekonomi serta pelaburan pada negara.Keadaan Covid pula menjadi 6 kali lebih parah berbanding tempoh tiada Darurat.Dari segi ekonomi … Read More