Friday 18 March 2016

VIDEO :SPRM,SKANDAL BANGLO HARGA MURAH & JAWAPAN LIM GUAN ENG DAP !



Politik negara hari ini dipanaskan dengan pendedahan tentang salah laku Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP. Isunya dibawa oleh ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya.


Anda lihat video di bawah untuk tahu lebih lanjut:


Dalam pada itu, YB Shabuddin telah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera ambil tindakan dengan melakukan siasatan ke atas pendedahan rumah Lim Guan Eng. Rumah tersebut sebelum itu disewa kepada Lim dengan kadar RM5,000 sebulan setelah beliau enggan tinggal di rumah kerajaan negeri.

Soalannya,
"Adakah benar, adakah patut kadar sewaan RM5,000 dengan jumlah nilai rumah lebih RM3 juta...satu persoalan. Rumah ini disewa lebih kurang tujuh tahun, pada Oktober 2015 rumah ini dijual kepada YAB Bagan dengan harga yang begitu murah iaitu cuma RM2.8 juta. Rumah yang dibeli tujuh tahun dulu ialah RM2.5 juta dan ia satu kawasan utama di George Town setelah diubahsuai pula," - seterusnya
Satu lagi persoalan ialah kaitan di antara pemilik lama banglo Lim Guan Eng dan syarikat yang berniaga di Pulau Pinang. 
Rumah berkenaan yang dimiliki oleh Phang Li Koon di mana beliau telah menyewakan serta menjual rumah tersebut kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada harga yang tidak masuk akal. 
Sebagai rekod, Li Koon adalah seorang pemegang saham 20 peratus dalam syarikat WINDBOND Management & Consultant Sdn. Bhd dan 80 peratus lagi dipegang Datuk Tan Yong Chew yang juga merupakan pemegang shaam 60 peratus dalam Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) dimana syarikat tersebut telah diberi kelulusan oleh kerajaan DAP untuk membeli sebidang tanah secara tender yang tidak telus dan boleh dipertikaikan. 
“Perilaku YAB Bagan ini boleh mendorong kita semua mempercayai bahawa KLIDC seperti mendapat layanan yang istimewa dan adakah ianya berkait dengan penawaran harga-harga rendah rumah No 25 Jalan Pinhorn yang saya jelaskan. 
“Perkara ini merupakan satu lagi perkara yang perlu disiasat oleh SPRM dimana berlaku perlanggaran syarat kelulusan dimana KLIDC tidak boleh mencagar tanah berkenaan kepada mana-mana pihak selagi mereka tidak memperoleh kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia,” tambahnya. 
Katanya, kes itu mengingatkan beliau kepada kes bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang membeli rumah bernilai kurang RM5 juta dengan harga RM3.5 juta kononnya beliau mempunyai hubungan kewangan dengan penjual rumah banglo tersebut - bnbbc
Kita meminta agar pihak yang disebut oleh portal bnbcc tampil ke hadapan untuk menjawab dakwaan ini.

Kita saksikan 'tai chi' Lim Guan Eng untuk menjawab pendedahan ini. Kita sarankan kepada Guan Eng supaya tidak guna taktik 'cabar YB Shahbudin bercakap di luar parlimen' atau 'cabar saman' atau 'soalan dijawab dengan soalan' atau 'berdolak dalih' atau 'isu banglo ini untuk mengalih perhatian daripada isu semasa'.

Jawab sahaja soalannya. That's all.

Jika mahu saman, kita sarankan kepada Guan Eng supaya menyelesaikan dahulu saranan mahu menyaman ahli politik PAS tentang isu parti DAP menerima bajet daripada zionis Israel.


Dan jangan lupa saman Mohammad Razali, bekas pemimpin DAP yang mendedahkan kaitan DAP dengan Israel ini.

Jangan buat-buat lupa pula!