Tuesday 22 March 2016

RM50 Tak Cukup Ke Pasar Malam, Akhbar Sinar Harian Berniat Jahat?


Menerusi laporan yang disiarkan Sinar Harian hari ini mendakwa bahawa nilai RM50 pada hari ini merupakan amaun yang sangat kecil sehingga tidak cukup untuk dibelanjakan ketika dibawa ke pasar malam.
Adakah benar apa yang didakwa atau mungkin Sinar Harian sengaja mengeluarkan kenyataan sedemikian dengan niat yang tersirat?
Sekiranya dikaji kembali, dengan amaun RM50 itu kita mampu membeli segala keperluan sekiranya kita mengamalkan sikap berbelanja dengan cara berhemah tanpa melakukan sebarang pembaziran.
Perlu diingatkan, tidak semua barang yang terjual di pasar malam adalah murah.
Jika tidak berhati-hati ketika membuat perbelanjaan, harga barang yang dibeli di pasar malam tidak mustahil akan dibeli dengan harga jauh lebih mahal daripada yang terjual di pasa raya.
Maka, disarankan agar para pelanggan membuat senarai barangan yang mahu dibeli di pasar malam mengikut keperluan dan kesesuaian terlebih dahulu sebelum berbelanja.
Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan kini, kita selaku pembeli juga seharusnya bijak dalam mengawal pengaliran keluar masuk wang perbelanjaan keluarga.
Janganlah berbelanja mengikut nafsu sehingga benda yang bukan keperluan pun dibeli demi memenuhi permintaan, kepuasan serta kehendak diri.
Jika seseorang itu pergi ke pasar malam dan membeli makanan seperti Yong Tau Fu dengan jumlah yang banyak, sekali beli pun sudah pasti RM50 tidak mencukupi.
Di pasar seperti itu, banyak pilihan makanan yang dijual, jadi berbelanjalah dengan baik supaya anda boleh merasa sebahagian besar dari makanan yang dijual, tidaklah membazir wang yang banyak dengan membeli beberapa jenis makanan sahaja.