Monday 21 March 2016

Program Mukhriz Di Pontian Gagal Dapat Sambutan



KUALA LUMPUR – Sambutan majlis bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir di Pontian, Johor, hambar apabila hanya dihadiri 70 orang wakil sahaja.

Menurut status perkongsian Tenggara Southeast di Facebook berkata, Mukhriz hanya menempah restoran sahaja memandangkan kumpulan sokongan yang hadir tidak seperti sasarannya.

“Khabarnya ada 70k yang datang…(k=kepala bukan ribu).

“Patutla Mukhriz tempah restoran aje, rupanya dia tau dia tak popular,” katanya sebentar tadi.

Dengan menyifatkan bekas wakil rakyat itu sebagai tidak popular, Tenggara Southeast turut menyindir suasana sambutan penjual ubat dilorong lebih ramai daripada sambutan majlis Mukhriz.

“Suasana sambutan Mukhriz di Pontian..emm, kat lorong ni kalau orang jual ubat lagi ramai orang menengok,” akhirinya secara sinis.

Terdahulu, majlis itu diadakan bagi memberikan sokongan kepada anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang kini giat berkempen untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. –