Tuesday 22 March 2016

Skandal Banglo LGE .. Mana Hilangnya Taring Pemuda Umno...


KUALA LUMPUR – Pemuda Umno digesa mengambil tindakan berhubung skandal banglo yang membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia, Rafi Awg Kechik mempersoalkan mana menghilangnya semangat Pemuda Umno apabila berlakunya kes rasuah yang membabitkan Ahli Parlimen Bagan tersebut.

“Mana Suara Pemuda Umno? Mana suara Bar Council yang kononnya peka dengan isu ketidak telusan sehingga sanggup buat undi untum memecat Peguam Negara? Kes salahguna kuasa KM Pulau Pinang ini wajib disiasat hingga ke akar umbi dan tindakan harus diambil melalui peruntukan undang-undang sewajarnya.

“Mana-mana pihak tidal boleh berdiam diri dengan menutup sebelah mata bagi menghalalkan segala penyalagunaan kuasa KM Pulau Pinang ini. Mana JATI, mana MUAFAKAT, GPMS, ABIM, PENDITA, Abata, KERIS, dan lain-lain NGO yang berjuang untuk bangsa?,”tulisnya menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau berkata, semua kesalahan tidak akan dianggap salah oleh undang-undang dan moral TETAPI perkara yang sama akan jadi terlalu salah dan hina jika kita jadi pemimpin dan penyokong kerajaan.

“Sebab itu di dalam kes Mat Sabu, Mustafa Ali dan terbaru Lim Guang Eng,mana ada agensi yang sepatutnya serius dalam melakukan tindakan?

“Mana ada pemimpin kerajaan yang mahu menjuarai isu-isu ini sebagaimana Rafizi dan rakan-rakan sewaktu dengannya mendedahkan isu-isu yang melibatkan kerajaan. Lebih malang ketika ada usaha sedang dibuat mendedahkan kejahatan dan salah guna kuasa Llm Guang Eng, ada malaun-malaun yang berusaha menutup dengan mendedahkan pekong sendiri..bodoh dan bangang rupanya puak kerajaan ni.

“Cuba bayangkan jika kes Lim Gang Eng ini berlaku kepada MB Perak ataupun MB Pahang, agak-agak apa tindakan pihak berkuasa dan pihak pembangkang? Apakah akan terus ada sidang akhbar daripada SPRM dan kemudiannya berbondong-bondong pemimpin PKR,DAP dan NGO-NGO yang akan buat laporan polis dan SPRM,”akhirinya.

Terdahulu, Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden memberi saranan kepada Guan Eng agar bercuti daripada menjalankan tugas sebagai ketua menteri sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan berhubung isu pembelian rumah bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn, di sini.

Tindakan itu perlu bagi memastikan ketelusan dan kelancaran proses siasatan pihak berkuasa selain menyokong pendirian Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga diputuskan bersalah oleh mahkamah.-SuaraTv