Wednesday 30 March 2016

Perancangan Awal Dr Mahathir Sudah Hancur, Kini Hanyalah Agenda Peribadi

12938154_1084989304883877_5560248218072555307_n

Apa sahaja matlamat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri sebenarnya sudah hancur dan musnah saat beliau mengumumkan dirinya sudah keluar dari UMNO pada 29 Februari lepas.
Apabila beliau membuat pengumuman pula bahawa ada kerjasama dengan pakatan pembangkang dalam bentuk deklarasi, semakin terpesong jauhlah matlamat dan tujuan serangan demi serangan yang ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Difahamkan, Dr Mahathir menyerang Najib kerana mahu menjadikan seseorang yang amat rapat dengan diri beliau untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib menjelang wawasan yang Dr Mahathir cetuskan sebelum ini iaitu pada tahun 2020.
Bagaimanapun, selepas semua strateginya gagal kini ia berubah kini ia sudah menjadi agenda peribadi antara Dr Mahathir dan Najib. Semua keputusan lain tidak akan diterima oleh Dr Mahathir kecuali Najib berundur dan letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Kini, beliau memang amat terdesak kerana menanggung malu akibat semua starteginya untuk menamatkan jalan cerita Najib sebagai Perdana Menteri terus menemui kegagalan.
UMNO, parti yang mendokong serta merealisasikan impian beliau dalam politik sudah ditinggalkan. Dr Mahathir kini bergerak bersama musuh yang pernah dicercanya dulu dan dihinanya dulu kerana mampu membantunya mencapai matlamat yang dimahukannya.
Baginya, UMNO sudah pekak, buta dan bisu selepas enggan mendengar apa yang dimahukan dan enggan menunaikan apa yang dihajati oleh seorang bekas Perdana Menteri yang sudah veteran iaitu Dr Mahathir.
Kata-kata itu dinukilkan oleh Dr Mahathir di dalam entri di blognya semalam pada item ke-empat entri bertajuk ‘Kit Siang dan Dr Mahathir’.
“Tetapi hari ini, kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib.
“Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong,” katanya.
Inilah kenyataan yang amat menghina ahli dan pemimpin UMNO termasuk tuduhan ada pihak yang sudah mula membantah kata-kata beliau yang mengutuk sekeras-kerasnya parti yang dahulunya amat diyakini oleh Dr Mahathir untuk mempertahankan orang Melayu.
Ego Dr Mahathir begitu tinggi sehinggakan dirinya sudah gagal mendapat sokongan masih lagi enggan mengaku dan memohon maaf serta berdiam diri dan jangan mengganggu lagi perjalanan serta pentadbiran parti supaya terus lancar untuk menghadapi Piilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.