Wednesday 9 March 2016

Penyokong Muhyiddin Percaya Beliau Akan Jadi PM Pada 31 Ogos


DALAM kemelut politik negara yang telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bersama sekutu beliau bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas menimbulkan kemarahan majoriti rakyat Malaysia.
Lebih-lebih lagi apabila Mahathir dan Muhyiddin mengumumkan kerjasama mereka bersama pembangkang terutamanya Lim Kit Siang dalam Deklarasi Rakyat yang hanya ditandatangani tidak lebih daripada lima puluh orang untuk mendesak Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri atas alasan kononnya rakyat sudah hilang percaya dengan kepimpinannya.
Ironinya apabila para penyokong Muhyiddin percaya bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh pada 31 Ogos 2016 ini. Kita mempertikaikan atas alasan apa yang menyebabkan penyokong taksub Muhyiddin ini percaya perkara tersebut.
Adakah kerana Lim Kit Siang turut sama berganding bahu dalam gerakan tersebut maka mereka begitu yakin bahawa Datuk Seri Najib akan berjaya disingkirkan sedangkan selama setahun lebih mereka bertungkus lumus bersama Wall Street Journal, The Sarawak Report, The Edge dan The Malaysian Insider selama ini namun tetap juga gagal. Untuk makluman, kesemua portal tersebut pro pembangkang terutamanya DAP.
Menurut status yang dimuatnaik dalamfacebook Kelab Che Din :-
Selaras dengan Deklarasi Selamatkan Malaysia, kini TSMY boleh diangkat menjadi PM jika pembangkang menang menggantikan calon sebelum ini DS Anwar Ibrahim yang kini dalam penjara. Terbukti TSMY lebih bersih dari Anwar dari skandal. Terdiri pula dalam kumuplan lima pemimpin politik Terbersih di negara ini.
Tidakkah mereka tahu bahawa 48 orang penandatangan “Deklarasi Rakyat” atau ‘Citizen’s Declaration’ tersebut bukan mewakili majoriti rakyat Malaysia yang berjumlah lebih daripada 30 juta orang. Kami juga difahamkan bahawa mereka begitu terdesak untuk mendapatkan tandatangan dari beberapa tokoh terkemuka sehinggakan sanggup meletakkan nama mereka yang tidak pernah memberi kebenaran untuk disenaraikan dalam deklarasi tersebut.
Sebelum ini, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan menafikan persetujuan untuk menandatangani sebarang deklarasi, termasuk ‘Deklarasi Rakyat’ yang dibawa oleh Mahathir. Katanya, pemakluman mengenai namanya turut disenarai dalam senarai individu yang menandatangani deklarasi itu diketahui menerusi anaknya pagi ini.
Selain daripada itu juga, kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam upacara tersebut turut menggambarkan bahawa Deklarasi Rakyat adalah agenda DAP untuk menghancurkan UMNO dan seterusnya melabel Tun Mahathir sebagai pengkhianat perjuangan UMNO.
Pengikut Muhyiddin yang begitu taksub dengan beliau dinasihatkan agar berfikir secara waras dalam menentukan kiblat politik mereka. Kita perlu sedar bahawa perjuangan kita tidak pernah selari dengan perjuangan DAP. Jangan sampai menang sorak kampung tergadai.
  • PRU14.tv
muhyiddin