Wednesday 9 March 2016

Muhyiddin Cemburui Kerjasama Najib – Hadi

images (10)

Apabila melihat kepada apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir bersama-sama para penyokong beliau semasa menanda tangani Deklarasi Rakyat yang mahu menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib minggu lalu, terlintas di fikiran, apa yang sebenarnya dimahukan Tun M di sebalik kenyataan tersurat beliau pada majlis berkenaan.
Akhirnya, persoalan berkenaan telah terjawab dengan sendiri apabila Tan Sri Muhyiddin Yasin secara tidak sengaja mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku terhadap PakaTUN ini.


Samada sengaja atau tidak, beliau mempertikaikan kenapa tindakan Tun M dan para pengikutnya menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan sedangkan Datuk Seri Mohd Najib turut melakukan perkara yang serupa dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Mudah untuk difahami bahawa, kerjasama politik antara Datuk Seri Mohd Najib dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilakukan atas kapasiti menyatu padukan orang-orang Melayu dan sekaligus menguatkan syiar Islam di Malaysia. Berlainan dengan apa yang dilakukan oleh Tun M dan para pengikutnya dimana, mereka masih mahu mengekalkan perpecahan orang Melayu disamping memenuhi tuntutan nafsu politik masing-masing.
Ini perbezaan paling ketara, apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib dan Tun Dr Mahathir Mohamed. Masakan rakyat Malaysia terlupa, bagaimana Lim Kit Siang merupakan individu yang bertanggungjawab membangkitkan isu perkauman sejak 13 Mei 1969 sehingga mengorbankan lebih 300 orang Melayu pada ketika itu.


Bagaimana boleh melupakan bagaimana Lim Kit Siang cuba mewujudkan keadaan tidak teratur didalam UMNO sejak sekian lama. Siapa yang dapat melupakan, bagaimana keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mewujudkan perpecahan besar dalam UMNO pada tahun 1997 dan sehingga kini, kaum Melayu masih kekal berpecah hasil daripada politik simpati yang dimainkan Anwar?
Adakah Muhyiddin terlupa, bagaimana PKR dan DAP sentiasa melabelkan beliau sebagai ahli politik UMNO yang ultra Melayu sehingga dibenci oleh kaum Cina? Adakah ini satu pencapaian terhebat Tun M dan beliau setelah maruah mereka begitu teruk dihina oleh mereka yang turut sama menandatangani Deklarasi berkenaan?
Usah mengaitkan kisah pendakwaan dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Tun M dan beliau sendiri. Ini kerana, undang-undang negara telah membuktikan bahawa Datuk Seri Mohd Najib sudah terbukti bebas dari sebarang unsur penyalahgunaan wang.


Jika beliau masih berminat untuk meneruskan hal ini, adalah lebih baik beliau menjelaskan tentang isu hartanah di Johor sehingga membawa beliau “diusir” dari Johor oleh Alarhum Sultan Johor, Sultan Ismail Iskandar, skandal YTL dan 1BestariNet dan beberapa penganugerahan projek milik kerajaan kepada menantu beliau sendiri.
Ini barulah skandal-skandal penyalahgunaan kuasa yang jelas dilakukan oleh Muhyiddin sepanjang 36 tahun beliau terlibat dalam politik. Paling utama, Datuk Seri Mohd Najib, benar-benar mahu menyatu padukan orang-orang Melayu, namun bagi beliau, beliau benar-benar mahu melihat orang-orang Melayu berada dalam perpecahan yang berpanjangan. Siapa yang lebih hina kini?