Monday 7 March 2016

Mampukah Muhyiddin Dan Mukhriz Mempertahankan UMNO Dan BN Pada Perhimpunan 27 Mac Nanti?

images (10)


Mereka dikenali sebagai ahli UMNO yang begitu hebat memperjuangkan nasib dan masa depan politik UMNO dan Barisan Nasional. Mereka juga antara orang lama yang ada dalam saf kepimpinan hari ini. Namun, sejak beberapa bulan yang lalu, gerakan mereka semakin hari semakin sumbang dan kini, mereka bukan lagi dikenali sebagai ahli UMNO dan BN lagi. Merekalah Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz.
Pengkhianatan mereka pada Khamis lalu yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamed hanya semata-mata mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak nyata mengguris hati ramai pihak didalam UMNO terutamanya para penyokong dan pengikut mereka.


Malah, sewaktu usai menandatangani konsesus perjanjian Deklarasi Rakyat yang ditanda tangani oleh mereka bersama-sama kesemua pemimpin utama pembangkang, Tun M mewakili mereka menyatakan, mereka menjemput kesemua pemimpin yang menadatangani konsesus berkenaan menyertai Zaid Ibrahim dalam penganjuran Himpunan Desak Najib Letak Jawatan pada 27 Mac ini.
Hebat permainan politik mereka, hanya kerana nafsu politik, mereka terlupa bahawa Muhyiddin dan Mukhriz masih lagi memegang kad keahlian UMNO. Disebabkan terlupalah mereka akhirnya bertindak bersekutu dengan pembangkang dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang ada pada hari ini menerusi jalan belakang, bukan melaui amalan demokrasi yang diamalkan negara sejak sekian lama.
Menarik untuk disaksikan, adakah Muhyiddin dan Mukhriz akan bangkit bangun menentang sebarang penghinaan keatas UMNO yang mungkin dilakukan oleh pemimpin pembangkang yang akan hadir nanti? Jika dilihat dari semangat dendam dan kemahuannya untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib, jawapan mudahnya adalah, mereka akan membiarkan UMNO dan BN dihina semahu-mahunya oleh pemimpin pembangkang nanti.


Adakah ini yang dinamakan pejuang parti yang kononnya sayangkan parti? Tindakan pengecut mereka yang enggan meninggalkan UMNO pun sudah membuktikan betapa mereka memilih untuk menjadi musuh dalam selimut dan petualang didalam UMNO.
Tidak apa yang boleh diharapkan kepada dua individu pengkhianat seumpama ini untuk mempertahankan kredibiliti UMNO dan BN dari terus dihina oleh pemimpin-pemimpin pembangkang pada perhimpunan berkenaan kelak. Apa yang mereka tahu, mereka membuka seluas-luasnya peluang untuk menghina kepimpinan negara demi memuaskan nafsu politik mereka dan juga Tun Dr Mahathir.