Wednesday 23 March 2016

Lim Guan Eng Beri Alasan Dangkal Apabila Diminta Bercuti Sehingga Kes Selesai..


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tetap mahu menuding jari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak biarpun kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah kesnya melibatkan banglo yang dibeli sendiri olehnya. Isunya harga rumah yang dibeli jauh lebih murah dari harga semasa.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata beliau tidak perlu bercuti kerana tiada kawalan atau kuasa ke atas SPRM melainkan Najib dengan bunyi yang memang dangkal.
“Saya tak nampak mengapa saya perlu bercuti untuk dakwaan yang secara terang-terangan tidak benar terhadap saya, dan bila saya tidak ada pengaruh dan kawalan terhadap siasatan SPRM atau Peguam Negara, yang menjalankan kuasa pendakwaan sepenuhnya.
“Hanya Perdana Menteri mempunyai kuasa ke atas kedua-dua SPRM dan Peguam Negara,” katanya.
Beliau memberikan reaksi berhubung cadangan supaya beliau bercuti sementara siasatan oleh SPRM selesai. Cadangan itu bukan merujuk kepada kawalan ke atas SPRM, tetapi kawalan ke atas kerajaan negeri dan bahan bukti kerana Guan Eng adalah Ketua Menteri.
Agaknya beliau sengaja buat tidak faham akan saranan pelbagai pihak dalam siasatan ini.
Guan Eng sedang disiasat SPRM berhubung isu rumahnya di Jalan Pinhorn dan isu penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis.
Beliau turut mengaitkan kes Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah disiasat SPRM atas dakwaan rasuah berkaitan perjalanan ke Mekah pada 2009.
“Tiada siapa minta Nik Abdul Aziz pergi bercuti kerana beliau tidak mempunyai kawalan atau kuasa terhadap SPRM dan dakwaan berkenaan tidak berasas.
“Lagipun sekiranya menteri besar atau ketua menteri perlu bercuti setiap kali laporan berhubung rasuah dibuat kepada SPRM, walaupun yang remeh dan tidak berasas, maka perkara ini boleh dijadikan sebagai senjata politik.
“Nanti semua orang kena pergi bercuti,” kata Guan Eng.
Ketika ini, Guan Eng tiada di dalam Malaysia dan dikatakan berada di China untuk lawatan kerja rasmi dan akan pulang ke tanah air pada Ahad ini.
Kalau pun beliau enggan bercuti tetapi janganlah memberi kenyataan dangkal sebegitu rupa.