Sunday 27 March 2016

Kisahhhnyaaa ... Rumah Guan Eng Murah Sebab ‘Feng Shui’ – Nyonya Tua Teresa Kok





SHAH ALAM – Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim mendakwa harga pembelian banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng murah disebabkan ‘feng shui’ yang teruk.

Teresa ketika berucap di Majlis Gerakan Selamatkan  Malaysia sebentar tadi berkata atas sebab itu pemilik asal banglo tersebut memutuskan untuk menjualkannya kepada Guan Eng.


“Sebenarnya harga rumah (Guan Eng) tersebut lebih murah dari harga pasaran disebabkan Miss Phang rasa bangga dapat jual pada Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Sebab pada dia feng shui rumah tersebut tidak bagus sejak Guan Eng masuk kerana banyak tunjuk perasaan malah pengkebumian Guan Eng diadakan di luar rumah tersebut” katanya. – SuaraTV