Saturday 12 March 2016

Kifarah Sedang Menanti Muhyiddin dan Mahathir


Pantang Orang Melayu Apabila  DiKianati Perjuangan, Kini Mahathir dan Muhyiddin sedang menerima kifarah dari Allah dari segala perbuatan khianat mereka kepada keseluruhan orang Melayu di Malaysia.
Seakan sudah hilang percaturan politik, kini ‘Deklarasi Rakyat’ menjadi gerakan untuk menjatuhkan Dato Seri Najib Razak dari tampok pimpinan pemerintahan negara. Tindakan mewujudkan deklarasi rakyat adalah apabila cita-cita  yang diidamkan tidak tercapai.
‘Deklarasi Rakyat’ hanya lah sesuatu yang disembunyikan dari agenda yang sebenarnya apabila kita melihat sejarah politik Mahathir yang mana selama ini bukan berpaksikan kepada perjuangan yang sebenarnya.
Rata rata banyak yang tertipu dengan ayat ayat kenyataan yang telah dikeluarkan semasa pemerintahan yang mengingatkan kepada kita bahawa kesombongan, perkaumannya DAP dalam menjalankan agenda politik bangsa  mereka.
Tiada istilah kompromi dalam perjuangan bangsa dan kepentingan bangsa yang menjadi teras perjuangan DAP, mereka tidak akan bersetuju dengan mana mana pihak yang menentang apa juga tindakan yang diambil walaupun ianya adalah berkesalahan denagn perundangan.
Kini tugas yang dipikul dibahu DAP telah diletakkan diatas bahu ‘mamak keling’  yang amat tamak tentang penguasaan politik anak beranaknya tanpa mempedulikan apakah akan berlaku seterusnya  dan kesannya terhadap bangsa Melayu.
Tindakan tidak masuk akal yang dibuat oleh Mahathir ini adalah satu tindakan yang menjadikan kemarahan orang Melayu dan menimbulkan rasa kurang senang. Rata-rata rakyat Malaysia beranggapan tindakan ini bukan lagi bersifat politik.
Protes jalanan menjadi amalan pembangkang dan amat dibenci oleh Mahathir kini sudah mula bersetuju dengan tindakan ini atas nama demokrasi, jika ianya berlaku dizamana pemerintahan beliau dahulu, kita sudah menjangkakan  berates orang akan disumbatkan kedalam ISA yang menjadi senjata  saoorang dictator.
Sikap diktator ini diwarisi oleh DAP dalam  menjalankan proses pengusiran orang Melayu secara terancang. Sepatah kenyataan penentangan pun tidak pernah dikeluarkan  dalam hal ini. Kini menumbangkan  kerajaan dengan cara atau jalan pilihan yang dibuat oleh Mahathir.
Hasil pengamalan hak-hak asasi yang diperjuangkan oleh Pakatan serta mewujudkan  pergolakan politik melalui isu secara berlarutan bagi memaksa seseorang pemimpin berundur secara paksa walaupun ianya dipilih melalui sistem demokrasi yang sah.
Tetapi, di Malaysia, sebagaimana yang kita ketahui, negara ini merngamalkan pengantian melalui pilihan raya  dan mana-mana parti yang kalah ia tidak akan dapat menerajui negara . Sistem ini telah dipersetujui dan berhasil kerana sistem penggantian pemimpin wujud secara jelas dan ketara.
Melalui pemerhatian, lebih hebat tekanan yang ingin dikenakan kumpulan berkenaan untuk cuba memaksa Najib melepaskan jawatannya, maka lebih besarlah peluang mereka untuk menemui kegagalan.
Malah, pada peringkat awalan deklarasinya kita telah melihat kegagalan kempen mereka sejak ia mula dilancarkan lagi. Mana tidak nya mereka  yang sebaris dengan Mahathir adalah dikalangan mereka yang mempunyai latar belakang yang cukup buruk dalam sejarah politik.
Pengunaan perkataan ‘Rakyat’ adalah  kesalahan pertama yang dilakukan , Ianya merujuk kepada sokongan rakyat yang palsu. Pada hakikatnya ianya adalah lebih kepada  agenda anak beranak yang ada didalam barisan tersebut.
Rakyat jangan lagi tertipu dengan penggunaan perkataan ‘Rakyat’ yang selalu dimainkan oleh pihak pembangkang masa kini. Kini saya juga mengatakan geng Mahathir adalah pembangkang dan seharusnya ditentang demi kesinambungan politik Melayu.
Sejarah telah membuktikan semuanya, Mahathir yang mempunyai kepakaran  melakukan ‘Penipuan’ kepada rakyat kini sudah terserlah agenda politiknya. Kegagalan Mahathir adalah disebabkan kekentalan jiwa Najib Razak untuk berhadapan dengan kepelbagaian isu.
Ketabahan dan kecekalan  Najib dalam menghadapi cabaran terbaru dan “ancaman” terhadap kepimpinannya ini, dapat dilihat dengan jelas oleh setiap orang sejak awal lagi iaitu apabila beliau terpaksa menangani pelbagai isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam pada itu, apa yang mengundang pukulan balas secara besar-besaran daripada seluruh warga UMNO terhadap kempen itu ialah tindakan seteru utama politiknya, DAP, untuk turut menaiki gerabak anti-Najib, yang dipandu Dr Mahathir.
Kini Mahathir dan Muhyiddin adalah musuh politik Najib yang nyata dimana  mereka bersekongkol dengan DAP untuk mendapatkan sokongan padu untuk menumbangkan Najib Razak, kedudukan Muhyiddin dalam Umno turut menerima padah kesan yang nyata.
Langkah yang diambil oleh  Mahathir dan Muhyiddin untuk bersekongkol dengan para pemimpin pembangkang, sebagai “suatu kesilapan besar” sebagaimana yang dinyatakan secara jelas oleh Najib. Kesilapan yang tiada maaf nya untuk orang Melayu.
Keduanya kini adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu, Khianat adalah ayat yang menolak secara ‘total’ perjuangan dalam apa juga alasan mereka ini adalah pengkhianat dalam lipatan sejarah politik negara.