Wednesday 2 March 2016

Eskalator Pun Tidak Sudi Menerima Kepulangan Muhyiddin Di KLIA, Tiba-tiba Berhenti


Rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin panik seketika apabila eskalator yang dinaiki beliau tiba-tiba terhenti seketika di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).
Punca insiden itu berlaku tidak dapat dipastikan namun penyokong beliau cuba menyedapkan hati masing-masing kononnya terlalu ramai para penyokong dan pengamal media menaiki eskalator yang sama bagi mengiringi Muhyiddin keluar daripada Balai Ketibaan selepas beliau tiba di KLIA.
Kita semua tahu bahawa itu bukanlah sebab eskalator tersebut terhenti memandangkan bukan ramai sangat pun penyokong beliau yang menyambut Muhyiddin di KLIA.
Sokongan terhadap Muhyiddin merosot dengan cukup teruk sejak beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.
Oleh itu, dakwaan ramai penyokong beliau menyambut Muhyiddin di KLIA seolah-olah satu pembohongan bagi menutup malu lebih-lebih lagi apabila berlakunya insiden eskalator terhenti secara tiba-tiba.
Malahan berdasarkan gambar Muhyiddin sedang menaiki eskalator menunjukkan bukan ramai pun pengguna eskalator ketika itu.
Muhyiddin tiba di KLIA hari ini ‎selepas beberapa hari berada di Vietnam.
Bagaimanapun keadaan kembali terkawal dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Menurut Muhyiddin, beliau akan membuat pengumuman penting mengenai perihal karier politiknya pada Khamis ini.
Adakah beliau akan mengikut jejak Mahathir dengan membuat pengistiharan keluar dari UMNO? Semua ini akan terjawab pada hari khamis nanti.