Thursday, 25 February 2016

Tuduhan WSJ bertujuan rosakkan nama Malaysia - Rahman Dahlan




PUTRAJAYA: Tuduhan yang berulang, tidak berasas dan tidak terbukti oleh Wall Street Journal (WSJ) bertujuan merosakkan nama Malaysia dan pembangunan ekonominya, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Bagaimanapun, Abdul Rahman yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kerajaan tidak akan membenarkan ia berlaku.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap tidak berganjak daripada rancangannya untuk mengukuhkan ekonomi negara dan membantu rakyat. Rancangan ekonominya berjalan lancar," kata beliau dalam kenyataan.

Beliau berkata, WSJ dalam artikel terbarunya sekali lagi mengesahkan agendanya terhadap Malaysia.

"Dengan melanggar sepenuhnya standard kewartawanan normal, (WSJ) telah berkali-kali dan sengaja mengabaikan fakta-fakta utama dan secara palsu mendakwa bahawa laporannya mengenai Malaysia tidak dipersoalkan," kata beliau.

Beliau menegaskan bahawa telah terbukti berkali-kali bahawa tidak ada kaitan antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma kepada Perdana Menteri dan hakikat bahawa dana itu ialah dari Arab Saudi telah disahkan oleh pelbagai pihak berkuasa yang sah.

 "Peguam Negara juga membuat kesimpulan, selepas siasatan menyeluruh bahawa dana itu adalah sumbangan dari Arab Saudi.

 "Menteri Luar Arab Saudi telah mengesahkan dana itu dari Arab Saudi. Menteri luar itu juga bersetuju dengan keputusan Peguam Negara kita dan tiada salah laku bagi pihak perdana menteri," katanya.

Beliau juga berkata Peguam Negara Switzerland juga telah mengesahkan bahawa Najib tidak disiasat.

Beliau berkata, WSJ terus mengabaikan fakta-fakta ini dan terus gagal mengemukakan bukti untuk menyokong tuduhan liarnya, yang semuanya berpunca dari penentang-penentang perdana menteri dalam Kempen Anti Najib, yang hanya mengutamakan kepentingan politik mereka tanpa menghiraukan kesannya kepada Malaysia.

Abdul Rahman berkata, rangkaian televisyen BBC dan akhbar The Telegraph dari UK juga menyiarkan artikel lidah pengarang yang bercanggah dengan WSJ.

"Hakikatnya, wartawan veteran BBC, Koresponden Keselamatan bagi Timur Tengah dan hos rancangan War on Terror, Frank Gardner OBE, telah mengesahkan melalui sumber paling tertinggi di Arab Saudi bahawa derma itu mendapat kelulusan pihak tertinggi kerajaan negara itu. 

"Siapa yang patut kita percaya? wartawan WSJ - yang bidangnya ialah membuat liputan berita kewangan - atau pakar BBC mengenai Asia Barat apabila memperkatakan soal ketepatan maklumat dari Arab Saudi?" katanya. 

- BERNAMA

Related Posts:

  • Mengapa Malaysia Perlu Berhutang? Malaysia adalah negara yang sedang membangun. Untuk mempercepatkan pembangunan Kerajaan Malaysia perlu berhutang. Dengan pendapatan sekitar RM 200 bilion setahun, Malaysia tidak berupaya membangunkan prasarana dengan cepa… Read More
  • Bersih 5 Belum Penuhi Prasyarat - KPN Kumpulan Bersih 5.0 masih belum memenuhi prasyarat untuk menganjurkan sebarang perhimpunan pada 19 November, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Selasa. Khalid berkata pegawai penjaga Balai Dang Wangi dan Bric… Read More
  • #Kerajaan Akan Terus Komited Menjaga Kebajikan Kesihatan Rakyat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sejak akhir-akhir ini timbul salah faham di kalangan orang awam mengenai caj rawatan di hospital dan klinik KKM serta caj Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) yang telah te… Read More
  • SKMM Serbu Pejabat Malaysiakini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa menyerbu pejabat Malaysiakini di sini atas dakwaan penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tidak wajar.Menurut laman web portal berit… Read More
  • HANYA MAHFUZ DARIPADA PAS UNDI TOLAK BAJET 2017 Semua kecuali seorang wakil rakyat PAS tidak turut bersama wakil rakyat pembangkang lain dalam menolak Bajet 2017, ketika undian mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di peringkat dasar diadakan di Dewan Rakyat mala… Read More