Friday 19 February 2016

TABUNG HAJI SERAH CEK RM 20,000 KEPADA MANGSA REMPUHAN DI MINA


KUALA LUMPUR – Cek bernilai RM20,000 disampaikan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Suriahanim Abdul Hamid, 41, balu Allahyarham Zulkifli Samad yang meninggal dunia ketika insiden rempuhan di Mina tahun lalu.
Cek manfaat Takaful Kematian Jemaah Haji disampaikan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah sewaktu menziarahi waris keluarga Allahyarham di Taman Ukay Bistari, Khamis.
"Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham terutamanya Suriahanim, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh," katanya menerusi kenyataan media.