Friday 19 February 2016

MAHFUZ DEDAH MAHATHIR AJAK SEMUA PARTI POLITIK TUMBANGKAN NAJIB


Mahathir bersetuju supaya semua parti politik mengketepikan perbezaan masing-masing dan berganding bahu untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dedah seorang ahli parlimen PAS.
Mahfuz Omar berkata, ini adalah antara keputusan dan isu-isu yang dibincangkan semasa pertemuannya selama sejam dengan bekas perdana menteri itu pagi ini.
"Kedua-dua kami bersetuju bahawa Najib perlu digantikan dengan segera dan keputusan mengenai perdana menteri baru akan dibuat kemudian.
"Kami bersetuju bahawa kita harus mengketepikan perbezaan antara parti dan ideologi, kita harus lihat ke hadapan," katanya.
Menurut Mahfuz, jika isu pengganti dibincangkan ketika ini, ia mungkin menyebabkan pertikaian.
Ahli Parlimen Pokok Sena juga berkata beliau telah berjumpa Dr Mahathir atas kehendaknya sendiri dan tidak mewakili PAS.
Benarkah pertemuan Mahfuz-Mahathir adalah bersabit dengan pengakuan Sirul tentang 5 individu dari Malaysia yang cuba merasuahkan beliau supaya membuat pengakuan bahawa PM Najib terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya?
Mahfuz dan Mahathir sudah mula terasa bahang?