Sunday 28 February 2016

RAFIZI SOTONG KATA TABUNG HAJI MENIPU PENDEPOSIT!

Berkali-kali beritahu yang Rafizi adalah seorang politikus yang hanya mengejar populis, hanya pandai menjentik isu, kuat buat persepsi jahat, kuat menipu, kaki block sesiapa yang kritik dirinya di  Facebook dan Twitter.
Bagaimana orang muda boleh mempercayai insan pembohong paling berkaliber zaman ini.
Ingat Rafizi ingat penipu.
SIARAN AKHBAR
TH BUAT LAPORAN POLIS DAN MINTA BUKTI PINJAMAN BANK
KUALA LUMPUR, 28 Februari 2016 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini sekali lagi menafikan tuduhan TH memberi jaminan korporat (corporate guarantee) kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).
TH meminta Ahli Parlimen Pandan untuk menamakan bank yang memberikan pinjaman kepada THHE dengan surat jaminan korporat TH seperti yang didakwa.
TH amat kesal dengan penyebaran dokumen-dokumen melalui laman sosial secara rambang dan tuduhan tidak berasas serta berunsur fitnah. Dakwaan tersebut memberi impak negatif kepada TH dan akan menjejaskan kepentingan para pendepositnya.
Oleh yang demikian, TH telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan berkaitan dakwaan-dakwaan dan dokumen-dokumen yang telah disebarkan oleh beliau.
Langkah ini diambil oleh TH bagi menjaga kepentingan para pendeposit dan reputasi TH sebagai sebuah Institusi Islam di Malaysia. TH akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan secepat mungkin.
Bahagian Hal Ehwal Awam Dan Komunikasi Korporat
LEMBAGA TABUNG HAJI