Sunday 14 February 2016

PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK- PAS LETAK CALON BUKAN ISLAM...

PAS akan mencalonkan seorang bukan Islam untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Calon bukan Islam itu adalah dari sayap penyokong parti itu, katanya.

Bagaimanapun, katanya, parti itu masih belum memuktamadkan senarai calon untuk pilihan raya Sarawak kerana belum dihantar kepada majlis syura.

"PAS Sarawak akan mengemukakan senarai calon mereka kepada majlis syura dan ia akan diputuskan oleh majlis itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

Menurut pemimpin-pemimpin parti itu, PAS akan mengumumkan calon parti itu bagi 11 kerusi yang ia rancang untuk bertanding dalam satu majlis lain di Sarawak pada 12 Mac ini, kata Tuan Ibrahim.

Masih terdapat satu atau dua kerusi yang juga dituntut oleh parti pembangkang PKR, katanya, tetapi menegaskan bahawa mereka akan berbincang dengan parti itu.

Yang jelas, PAS tidak pedulikan pakatan harapan kerana adanya musuh mereka, PAN.