Saturday 13 February 2016

Pengurusan risiko: BNM berpuas hati dengan jawapan Tabung Haji

Image result for tabung haji


Bank Negara Malaysia (BNM) berpuas hati dengan jawapan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berhubung aspek pengurusan risiko yang dilaksanakan oleh agensi berkenaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dinyatakan menerusi sepucuk surat oleh BNM kepada Tabung Haji baru-baru ini.
“Saya pelik surat jawapan BNM yang berpuas hati tidak pula diviralkan, tetapi malangnya Tabung Haji terus menjadi mangsa keganasan persepsi di media sosial, malah masyarakat lebih mempercayai fitnah daripada kebenaran,” katanya pada majlis perasmian ibu pejabat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di sini hari ini.
Baru-baru ini Tabung Haji menerima pelbagai kritikan berikutan tersebar surat daripada BNM yang menyatakan kebimba­ngan terhadap peningkatan liabiliti dan kemerosotan hasil pelaburan institusi kewangan Islam itu.