Beliau berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan faktor peningkatan penyakit yang menjurus kepada serangan sakit jantung.

"Kajian National Cardiovascular Database menunjukkan trend peningkatan bagi penyakit hipertensi, diabetes, paras kolestrol tinggi, obesiti dengan amalan merokok merupakan faktor utama kepada serangan jantung," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima cek bernilai RM2 juta sumbangan Yayasan Sime Darby (YSD) kepada Unit Kardiologi PPUM di sini hari ini.

YSD diwakili Ahli Majlis Tertingginya, Datin Paduka Zaitoon Othman manakala PPUM diwakili Dr Wan Azman, Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Mohd Amin Jalaludin dan Pengarah PPUM, Profesor Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin.- BERNAMA