Tuesday 23 February 2016

PAN Bakal Menerima Nasib Seperti PAS, Setelah DAP Mencapai Cita-citanya

pan dap

Setelah itu, Pakatan Rakyat terbubar, akibat agenda tersembunyi DAP.Dalam kehancuran Pakatan Rakyat, Parti Amanah Negara (Amanah) tertubuh, dan gabungan baru, Pakatan Harapan juga lahir.
Lahirnya Pakatan Harapan adalah mempunyai tujuan yang sama iaitu  untuk mempergunakan sebuah parti yang diterajui oleh orang Melayu untuk memenangkan DAP pada Pilihanraya.
Nasib PAS telah diramalkan sebelum ini, dalam pelbagai usaha membantu DAP  akhirnya  dengan agenda licik DAP telah berjaya menyingkirkan PAS dari pakatan. Begitu juga yang bakal berlaku kepada PAN satu hari nanti. PAN hanya kelompok orang yang bermata duitan yang dipergunakan DAP.
Untuk ketika ini segalanya  yang dilakukan oleh PAN semuanya  mengembirakan hati DAP. Agenda DAP mempergunakan parti lain bukan baru ini dilakukan  ini termasuk mempergunakan individu  dari kaum lain untuk menarik sokongan.
Lihat apa yang telah dilakukan  oleh DAP apabila mendapat kuasa. Mereka menggunakan kaedah kuku besi dan akan meyingkirkan  siapa sahaja yang tidak menurut kata atau arahan  yang telah ditetapkan. DAP dalam agenda perjuangannya adalah sebuah parti yang  mementingkan kaum mereka sahaj. Tiada dalam istilah perjuangan mereka , bahawa DAP akan membela kaum lain.
Semua telah terbukti dan  agak menghairankan, setiap kejadian yang memaparkan kezaliman DAP tidak pernah menjadi teladan  kepada Melayu yang masih menyokong DAP.
Sikap diktator dan kuku besi DAP bukan hanya dilihat pada kezalimannya terhadap bangsa Melayu dan India di Pulau Pinang , akan tetapi baru-baru ini dua orang  telah dipecat susulan mengambil tindakan berkecuali dalam undian.
Jika ini lah keadaannya, bagaimana kah DAP mampu untuk menjadi pemimpin yang adil kepada rakyat. Jawapannya sudah tentu  kita dapat membaca kerputusannya. Justeru itu  mengabil tindakan berskala kejam itu bukan lah menjadi garis panduan pemerintahan Barisan Nasional.
Barisan Nasional yang mendokong sikap perpaduan dan bukan memusuhi mana mana kaum dalam negara ini  dan mengamalkan sikap toleransi yang tertinggi dan berlandaskan Rukun Negara yang dimaktubkan sebagai garis panduan  dalam kehidupan berbilang bangsa.
Memandangkan misi Barisan Nasional  selama ini untuk menjadi sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia, Dalam perpaduan  semua parti yang diharapkan oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira kaum, agama dan kawasan. Ia akan terus menjadi impian serta objektif kita.
Tetapi realiti kini, sekurang-kurangnya untuk masa akan datang, menunjukkan Barisan Nasional  akan terus boleh  membentuk Kerajaan Persekutuan, malah kerajaan negeri. Satu semangat mesti diterapkan agar  menjadi sebuah gabungan untuk parti menentang DAP  seterusnya meyelamatkan rakyat dari mangsa penindasan serta kezaliman kuku besi DAP.
Kita tidak harus terjerumus dalam perangkap DAP sehingga membenarkan ejen propaganda DAP melabel perjuangan kita sebagai “perkauman” kerana amat mudah untuk DAP menyatakan ia perlawanan antara Melayu dan Cina.
Kita harus sedar dan sentiasa kita war warkan bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang relevan untuk disokong oleh orang Melayu, ini adalah kerana DAP adalah sebuah parti yang tidak boleh bersama bangsa lain dalam menerajui DAP.
Amat jelas disini, kesedaran untuk meyelami ideologi DAP perlu menjadi garis panduan agar orang Melayu tidak akan tertipu lagi dengan permainan kata kata DAP untuk memancing pengundi dan  mengusir mereka  ini setelah cita cita mereka tercapai.

-MNA