Tuesday 16 February 2016

MALAYSIA BERUPAYA MENJADI HAB HALAL TERKEMUKA DUNIA

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa Malaysia berupaya menjadi hab halal terkemuka dunia merangkumi pelbagai bidang dan tidak hanya tertumpu kepada industri pemakanan.

Justeru, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menggesa pembabitan semua pihak berkenaan dalam menjayakan hasrat itu.

"Kita akui Malaysia bagus dalam bidang penciptaan tapi kurang membuat langkah susulan.

"Sebagai contoh, industri halal Malaysia berjaya menarik jumlah pelaburan bernilai RM10.6 bilion tahun lalu," katanya.

Beliau bercakap demikian ketika merasmikan Forum Kosmetik dan Perapian Diri Halal: Gaya Terkini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.