Monday 29 February 2016

Lima Ribu Cawangan UMNO Sokong Muhyiddin Hanya Cerita Karut


Penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yasin daripada jawatannya terus menjadi topik hangat untuk dibualkan. Pelbagai andaian ditimbulkan oleh para penyokongnya dan hampir kesemua penyokongnya bertindak seperti orang kurang siuman dengan mengandaikan pengguguran ini sebagai tidak wajar, zalim dan sebagainya.
Terkini, terdapat perkhabaran baru yang mendakwa, hampir 5,000 cawangan UMNO di seluruh Malaysia akan bertindak untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib selaku Presiden UMNO. Dakwa laporan ini, penggantungan Muhyiddin ini begitu diragui dan mereka enggan menerima penggantungan ini kerana bagi mereka, Muhyiddin tidak melakukan apa-apa kesalahan.

images (12)

Paling melucukan mereka mendakwa, Majlis Tertinggi UMNO harus menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dari jawatannya sebagai Presiden UMNO kerana yang menjadi punca masalah adalah Datuk Seri Mohd Najib sendiri. Dakwa mereka, beliaulah yang memulakan konflik ini dimana isu 1MDB dan RM 2.6 bilion masih gagal dijelaskan sehingga hari ini.
Mungkin mereka buta huruf atau pekak kerana isu 1MDB sebenarnya sudah berulang kali di terangkan oleh Datuk Seri Mohd Najib sendiri samada melalui media cetak, media elektronik mahupun ketika menyampaikan ucapan di mana-mana majlis yang beliau hadiri.
Malah, penyiasatan berhubung penyata akaun dan latar belakan syarikat 1MDB juga sudah dilakukan oleh banyak agensi kerajaan dan luar negara. Malah Parlimen sendiri bertindak menubuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menyiasat 1MDB. Untuk makluman mereka yang begitu taksub kepada Muhyiddin, PAC terdiri daripada wakil-wakil rakyat kerajaan mahupun pembangkang.

images (11)

Begitu juga dengan penyiasatan berhubung isu derma RM 2.6 bilion. Baik SPRM mahupun Peguam Negara, hasil siasatan berkenaan telahpun dibentangkan secara umum bulan lalu. Tegas Tan Sri Apandi Ali, tiada sebab dan kesalahan untuk pihaknya mahu mendakwa dan menghukum Datuk Seri Mohd Najib.
Bagi SPRM pula, sepanjang siasatan dilakukan, baik Datuk Seri Mohd Najib, mahupun mereka yang terlibat dalam siasatan ini, memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan SPRM. Tidak timbul persoalan yang mengatakan, siasatan berkenaan adalah dibawah telunjuk Datuk Seri Mohd Najib sendiri kerana SPRM sendiri mengesahkan, siasatan mereka cukup telus tanpa sebarang campur tangan beliau.
Paling utama, dakwaan kononnya 5,000 buah cawangan UMNO bertindak menyokong Muhyiddin jelas karut semata-mata. Mengikut perincian yang dijalankan, sehingga hari ini, hanya lima bahagian sahaja yang masih kekal menyokong Muhyiddin dan adalahs esuatu yang amat-amat mustahil mengandaikan kelima–lima cawangan berkenaan mempunyai sehingga 5,000 cawangan.

images (13)

Paling utama, daripada lebih 200 bahagian UMNO yang ada hari ini, kesemua Ketua Bahagian masih kekal setia dibawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib. Jelas, cubaan mewujudkan perpecahan didalam parti oleh mereka yang bukan ahli parti semakin menjadi-jadi disaat Muhyiddin telahpun menerima hukuman diatas perbuatan khianat dan sumbangnya terhadap parti.