Monday 8 February 2016

Isu Tabung Haji, Banyak Pihak Perlu Tampil Meminta Maaf

download (9)

Isu yang melibatkan Lembaga Tabung Haji cukup merimaskan ramai pihak terutamanya para pendeposit di salah satu badan yang menguruskan Jemaah Haji di Malaysia. Terlalu banyak dakwaan berlegar kononnya Tabung Haji dijadikan sebagai sebuah syarikat penyelamat bagi kerajaan dalam menyalurkan dana kewangan kesesebuah syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan.

Bukan sedikit impak yang dicetuskan oleh manusia-manusia sebegini. Banyak nama boleh dikaitkan dengan serangan terhadap Tabung Haji seperti Tun M, Datuk Seri Mukhriz, Khairy Jamaluddin, Tan Seri Muhyiddin Yasin. Tidak terhad disitu, pembangkang yang diketuai oleh Rafizi Ramli juga turut memainkan sentimen yang sama.

images (28)

Malah, dikalangan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza turut menjadi salah seorang ejen perosak Tabung Haji sehingga ada diantara pendepositnya memilih untuk mengeuarkan kesemua simpana mereka berikutan terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan oleh individu-individu pengkhianat seperti ini.
Namun, sebaik Tabung Haji mengeluarkan kenyataan pemberian bonus kepada pendepositnya sebanyak 8 peratus baru-baru ini, langsung tiada sebarang kenyataan membidas Tabung Haji. Malah individu seperti Datuk Siti Nurhaliza sendiri pun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan memohon maaf kerana memfitnah Lembaga Tabung Haji sebelum ini.
Sehingga bila kesemua mereka ini memilih untuk mengamalkan sikap hipokrasi mereka dalam hal ini? Kemusnahan yang mereka lakukan bukan sedikit. Cukup untuk merosakkan kepercayaan umat Islam di negara ini terhadap kredibiliti Tabung Haji yang menguruskan pemergian Umat Islam di negara ini bagi menunaikan haji di Mekah sejak tahun 1969.



Jika sebuah Lembaga yang ditubuhkan demi kepentingan umat Islam itu sendiri dipertikai dan diaibkan, apa lagi yang boleh di percayai di negara ini? Adakah ini contoh terbaik yang ditunjukkan oleh Datuk Siti Nurhaliza, Tun M, Mukhriz, Muhyiddin Yasin, Rafizi Ramli dan ramai lagi yang pada kad pengenalannya Islam tetapi bertidak seperti orang bukan Islam dalam usaha menjatuhkan Lembaga Tabung Haji.