Monday, 1 February 2016

Tiga Insentif Untuk Rancak Industri Pelancongan Negara – Ahmad Zahid



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mencadangkan tiga bentuk insentif kepada Kabinet bagi menggalak syarikat dan agensi pelancongan membawa lebih banyak pelancong luar ke negara ini.
Beliau berkata cadangan insentif pertama ialah mana-mana pegawai syarikat yang membawa pelancong dari luar negara diberikan elaun khas apabila mengadakan program promosi bersama Tourism Malaysia di luar negara.
Katanya insentif kedua ialah pengurangan cukai korporat kepada syarikat dan agensi pelancongan yang dapat menarik kedatangan pelancong asing.
Insentif ketiga ialah peruntukan khas untuk syarikat dan agensi pelancongan menampung kos bahan cetak dan pengiklanan untuk tujuan promosi, katanya semasa merasmikan majlis penutupan Pesta Pelancongan 2016 anjuran Persatuan Pelancong Dalam Negeri Malaysia (MITA) din sini, hari ini.
Katanya, beliau sendiri akan membentangkan cadangan pemberian insentif itu kepada Kabinet dan berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan kelulusan.
Terdahulu Ahmad Zahid menjelaskan, pelancongan adalah sektor penting dalam menyumbang kepada pendapatan negara serta merupakan kaedah segera dalam memulihkan ekonomi negara.
Menyedari hakikat ini, katanya kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memudahkan kedatangan pelancong termasuk pengecualian visa untuk pelancong China seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan baru-baru ini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau akan ke negara ‘Tembok Besar’ esok untuk menyatakan kepada pemimpin negara itu mengenai pendirian terbaru Malaysia itu.
“Beberapa kaedah yang digunakan oleh pihak berwajib di sana (China) akan kita permudahkan,” katanya.
Katanya, dengan langkah ini kerajaan menyasarkan kedatangan lapan juta pelancong China dengan perbelanjaan secara purata RM3,345 seorang di mana negara dijangka menjana pendapatan sebanyak RM22.11 bilion setiap tahun.
Sebanyak 150 pemain industri pelancongan menyertai pameran tiga hari itu.
-Bernama

Related Posts:

  • Himpunan Kleptokrasi Tidak Sehangat BERSIH Penggal kali ini boleh dianggap sebagai penggal yang penuh mencabar buat kerajaan. Manakan tidak, di pihak Pakatan Harapan, mereka seboleh-bolehnya mahu mengadakan siri himpunan jalanan yang sememangnya bukan budaya kita… Read More
  • ECRL Projek Bertaraf Dunia Untuk Rakyat Biasa 1 November 2016, hasil lawatan Datuk Seri Najib ke China sejumlah 14 perjanjian perdagangan bernilai RM144 billion telah dipersetujui. Salah satunya adalah projek Laluan Rel Pantai Timur atau ECRL sepanjang 688 kilometer d… Read More
  • Cerita Bohong Dan Pembangkang Berpisah Tiada Pada pertengahan bulan April lepas, YAB Dato Seri Najib pernah dedahkan satu "principle" yang selalu digunakan oleh Mahathir iaitu "if you cannot convince them, confuse them".  Inilah cara Mahathir, kaedah Machi… Read More
  • Rumah Kuarters Masjid Diroboh, Pesta Arak Diluluskan #ArakBolehRumahTidakBoleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali buat hal lagi semalam apabila Kerajaan Negeri pimpinannya telah merobohkan beberapa unit rumah kuarters yang terletak dalam perkarangan Masjid Lapangan Terbang S… Read More
  • Mahathir Tunduk Pada Pemimpin Haram DAP Empat hari lepas, Malaysia Today mendedahkan Mahathir telah beri derma RM1 billion kepada Kit Siang untuk membolehkan dia menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Selain itu, Mahathir juga dikatakan memberikan derma itu dengan b… Read More