Monday 22 February 2016

GANJA BUKAN SEKADAR ISU: Apa yang ada disebalik Politik Terancang ?


Apabila saya membaca kenyataan kenyataan kurang masuk akal dalam kepelbagaian isu, maka saya melihat ianya bukan sekadar kenyataan yang dikeluarkan secara suka suka.
Saya lebih suka melihat ianya dalam bentuk kejadian yang sama, Jika isu ganja ini menjadi viral dimedia sosial dan menyebabkan satu tekanan diberikan kepada kepimpinan bagaimana kenyataan sokongan isu ini dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri.
Tabung Haji juga pernah mengalami nasib yang sama dimana  satu kenyataan sokongan juga telah dikeluarkan untuk pendeposit mengeluarkan simpanan mereka susulan berlakunya manipulasi  pembelian hartanah di TRX.
Akibatnya sebahagian pendeposit telah mengeluarkan simpanan mereka dan mengorbankan jadual pemergian haji akibat terpengaruh dengan kenyataan dikeluarkan. Pada awalnya dikeluarkan oleh Rafizi Ramli dan seterusnya oleh ketua penerangan Pemuda UMNO akhirnya disokong oleh orang UMNO sendiri.
Isu ini kelihatan sama juga modus operandinya, dimana isuganja dinaikkan dalam bentuk penyalahan prinsip dan mendapat sokongan Ketua Pemuda UMNO dan diviralkan di media sosial . Untuk apa? Bukankah ianya untuk memberikan impak yang besar dalam kendalian isu untuk menghentam UMNO dan merosakkan pemikiran Melayu itu sendiri sebagaimana berlakunya percanggahan pemikiran jika ganja dibenarkan penggunaannya.
Saya melihat kenyataan ini jika dari sudut politiknya ianya merupakan satu kaedah  atau jalan untuk memberikan tekanan kepada kerajaan yang memerintah sekarang agar ianya menjadi satu isu yang membolehkan satu serangan dilakukan kepada ketua pemerintah.
Saya tidak melihat bahawa kenyataan ini dibuat atas dasar ketagihan , malah saya melihat ianya satu perancangan terancang untuk menjatuhkan kredibiliti saorang Perdana Menteri  dimana kenyataan isu ganja ini dibuat oleh  kumpulan sayap  yang dikatakan menyokong kepimpinan.
Jika sayap ini iaitu pemuda UMNO memikirkan impak yang bakal  diterima oleh keseluruhan ahli UMNO berhubung kenyataan kurang akal dibuat oleh ahli pemuda UMNO ini, sudah pastinya  ianya tidak akan berlaku. Apakah ada konspirasi dari sayap pemuda untuk menjatuhkan  perdana Menteri.
Kekuatan sokongan juga telah dibuat oleh Ketua pemuda sendiri dalam isu ini,  Persoalan sekarang apakah Ketua Pemuda yang dikatakan belajar di Harvard Universiti tidak mampu memikirkan kesan buruk  bahayanya ganja untuk generasi akan datang.
Jika kita lihat secara rambang, sebelum ini pemuda UMNO tidak pernah  tampil bersuara  untuk melindungi Perdana Menteri dari sebarang kecaman dan fitnah yang dilemparkan kepada UMNO dan juga Perdana Menteri.
Ini termasuk desakan yang dibuat oleh pemuda sendiri dalam isu 1MDB melalui naib ketua pemudanya iaitu Azwan Bro,  Sepatutnya  pemuda tampil memberikan penjelsan dan bukan melakukan desakan. Tindakan ini sekali gus memperlihatkan bahawa pemuda UMNO hanya  sebagai patung sahaja dan akan bertindak hanya menjaga kepentingan mereka dan bukan menjaga UMNO.
Bagaimana tindakan sayap yang ada sekarang?  Cuba kita imbas semula isu yang dibawa oleh Sarawak Post, The Edge, Malaysian Insider dan Malaysiakini – apakah yang mereka lakukan dalam isu 1MDB yang belum tentu hujung pangkal kebenarannya.
Sayap yang berkobar bercakap dalam perhimpunan hanya menjadi kura kura yang menyorokkan kepalanya bila  isu diterjah kepada Presiden mereka. Malah pada  masa yang sama juga mereka (pemimpin sayap ) terus mengeluarkan kenyataan yang memburukkan lagi keadaan.
Dalam isu ganja ini  secara jelas ianya bukan satu isu yang tidak sengaja atau sengaja menunjukkan kebodohan seorang ahli pemuda UMNO dalam membuat kenyataan tetapi saya melihat ianya merupakan satu konspirasi setelah isu 1MDB gagal  digunakan untuk mendesak kedudukan Perdana Menteri.
Begitu juga kita melihat jawapan yang diberikan oleh  seorang Ketua Pemuda yang mengambil jalan atau keputusan mudah bila beliau mengatakan bahawa  ganja adalah tidak merbahaya dan  berasal dari tumbuhan, maka disini saya  juga boleh mengatakan bahawa daun Ketum juga berasal dari tumbuhan sedangkan ianya diharamkan dan dimasukkan dibawah akta racun.
Apakah ini jawapan seorang ketua pemuda  UMNO Malaysia? Sememangnya jawapan tersebut tidak masuk akal. Persoalannya kenapa begitu jawapannya? Sudah pastinya kita memikirkan adakah ini satu konspirasi untukUMNO?
Sebelum ini juga kita boleh menilai penglibatan sayap sayap pemuda dan puteri yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai benteng kepada UMNO, malah  wujudnya kedua sayap ini seperti “turut hadir” dan mempunyai tugasan tidak melayan isu yang bakal menyebabkan  jawatan dan  sokongan mereka terjejas.
Perjuangan mereka bukan kerana  perjuangan amanah yang dibuat oleh UMNO akan tetapi perjuangan mereka tidak lain hanya untuk jawatan dan projek serta merampas apa yang berada dihadapan mata dan membiarkan amanah yang ada dibahu mereka tinggal berkubur.
Infrastruktur fizikal sahaja boleh menjadi senjata makan tuan, termasuk memberi laluan kepada orang tengah untuk menguasai struktur ekonomi penduduk luar bandar. Apakah cara Kematangan pemikiran dari pemimpin Pemuda  UMNO Baru sepertinya.
Persekitaran kepimpinan UMNO Baru telah mungkin turut membantutkan pemikirannya malah mereka lebih menjadi kepentingan peribadi. Lihat pula Wanita UMNO Baru pun sama sahaja. Pada satu masa apabila UMNO masih tersohor, sayap Wanita yang dahulunya dipanggil Kaum Ibu mempunyai pemimpin yang bijak dan berinspirasi seperti Ibu Zain, Tan Sri Fatimah Hashim, Aishah Ghani dan Rafidah Aziz.
Itulah sebab mengapa orang Melayu muda yang berpendidikan dan bijak menjauhi UMNO Baru. Mereka tidak mempunyai masa dan minat bagi sebuah parti yang memiliki sikap dan tingkah laku sebegitu. Pemuda UMNO kini telah dicerobohi oleh samseng dan gengster, dan tidak memiliki ahli yang cerah masa hadapan, cerdas dan bijak.
UMNO khususnya mungkin tidak belajar dengan parti-parti lain saingan mereka, lihat sahaja DAP mempunyai jumlah ahli muda yang agak besar, bijak, berpendidikan dan berwawasan
Cuba kita perhatikan bagai mana sejarah membuktikan, Pemuda di zamanSyed Jaafar Albar, beliau memanggil sayap Pemuda sebagai kumpulan yang tangkas dan dinamik, tetapi masa kini ia hanyalah sebuah sayap parti, hidup segan mati tak mahu. Pemuda kini menutup mata kepada semua penyelewengan yang sedang dijalankan oleh parti yang telah menerajui kerajaan sejak sekian lama.
Pemuda UMNO tahun 60-an bertindak sebagai pembuka jalan kepada parti. Ia tidak pernah membenarkan dirinya tunduk kepada kepimpinan parti. Apabila berlakunya apa-apa kesalahan, ia tidak mempunyai perasaan menyesal dalam mengambil langkah untuk memperbetulkannya.
Ambil sebagai contoh di zaman pemerintahan Tun Abdul Razak, Pemuda mampu memberikan  pandangan dan kritikan kepada kepimpinan kaitan dengan satu-satu projek khusus untuk kepentingan  ” melayu “.
Sebagai contoh dalam projek pelaksanaan agenda pembangunan luar bandar, ” ia tidak wajar dan cukup hanya membina infrastruktur fizikal untuk penduduk luar bandar, tanpa memberikan mereka unsur-unsur yang sangat diperlukan dalam meningkatkan taraf hidup mereka pada masa yang sama.
Mereka sangat memerlukan kemudahan kredit luar bandar dan alat pemasaran bagi produk mereka ” itu pandangan Pemuda dan akhirnya jadi ” bench mark ” kepda kepimpimpinan.
Sekarang semua nya seakan bersama pembangkang dalam mengolah apa juga isu dengan memberikan kenyataan yang cukup simple yang mana menjurus  kepada penilaian rakyat tahap pemikiran mereka  untuk menerajui negara.
Jadi tidak salah saya katakan bahawa isu ganja ini bukan sekadar isu biasa malahan ianya lebih kepada satu kenyataan yang menjurus kepada serangan kepada UMNO itu sendiri yang dibuat melalui satu pendekatan songsang yang akan memberikan impak perjuangan UMNO dan akan dipertikaikan bahawa UMNO akan membina satu generasi yang lemah dan tidak berdaya saing dan seharusnya ditolak kepimpinan yang ada  dan diganti baru.
Mungkin ini sebenarnya tujuan isu ini dibangkitkan dan ianya sekali lagi saya katakan bukan sekadar isu.