Thursday, 11 February 2016

“Dewa”: PAS Boleh Terima Alasan Bodoh Sebab Yg Sokong Pun Bodoh

Kalauengkaukalauaku

THAIPUSAM 2012, Datuk Seri Najib Tun Razak teruk dikutuk, dipersoalkan akidahnya malah dikafirkan sebahagian penyokong PAS kerana beliau ketika itu berpakaian kurta dan dikalung dengan gelungan bunga besar oleh pihak pengendali perayaan berkenaan di Batu Caves.
Pemuda PAS waktu itu paling hebatnya, siap minta campur tangan Majlis Fatwa lagi.  Niatnya tidak ada lain, nak tuduh Najib hina Islam.
Tapi hari ini, bila ada ADUN PAS sendiri yang berpakaian seperti Dewa, tiba-tiba seluruh organisasi PAS jadi bodoh.  Menganga macam itu sajalah, tak tahu nak cakap apa.  Nampak sangat PAS memang parti politik, bukan ada kaitan dengan agama sekali.  Kewujudannya semata-mata kerana kuasa dan undi, bukan sebab nak bawa sesiapa masuk syurga.
Menguatkan lagi kenyataan di atas, Dewan Ulama PAS sendiri menyifatkan perbuatan ADUN yang berkenaan sebagai ‘tidak mengapa’ sebab ADUN berkenaan kata tidak berniat nak menghina Islam. Wah wah wah, dah pakai macam itu pun masih kata tidak berniat lagi?  Bodoh punya alasan tu (tak berniat) kalau nak diikutkan, tapi sebab sama sama geng, terima sajalah ya.
Jangan kalau Najib yang buat, takde kaitan hina agama pun dikatakan hina agama.
Payah bila agama campur aduk dengan politik.  Bab orang lain cepat saja kau kutuk,  bab kau sendiri, semuanya baik, semuanya elok.  Masa Najib kena kondem di Batu Caves, kenapa Dewan Ulama PAS tak nasihat pengikutnya supaya jangan menghukum?   tanya ada niat ke tidak (hina Islam) dulu sebelum menghukum?
Dari dulu pun, kalau sesiapa rajin Google, memang penulis dah cap PAS ini bertuhankan undi – sudah tentulah kenyataan itu sifatnya metafora, tapi tak pulak penulis sangka pada satu hari, dia jadi ‘Tuhan’ betul (baca dalam nada sinikal)!!
Akidah ni yang jadi pertaruhan, pun boleh buat main-main lagi, boleh letak politik atas dari agama?
Sebab itu jangan bersekongkol dengan DAP dan bertuhankan undi, macam inilah jadinya.  Ironinya, orang DAP pun tak buat macam ini (pakai macam dewa), PAS pulak yang berlebih lebih,
-  MykMU

Related Posts:

  • HARGA MINYAK MENTAH MELONJAK 6%.. Harga minyak mentah melonjak hampir enam peratus berikutan kenyataan yang dikeluarkan menteri tenaga Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang memberi harapan ke arah mencapai pelarasan dalam pengurang… Read More
  • Leftenan Adnan, Wira Yang Dikenang Sepanjang Masa Kira-kira 74 tahun yang lalu, telah tercatat sejarah bagaimana seorang anak Melayu kelahiran Sungai Ramal, Kajang, Selangor, gugur sebagai seorang pahlawan Melayu yang cukup terbilang. Siapa dapat melupakan, bagaimana Al… Read More
  • Cadang Cuti Khas Bergaji Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A Latiff Awang (tengah) turut serta beramah mesra dengan pengunjung pada Program Jelajah AADK sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2016. Ku… Read More
  • PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK- PAS LETAK CALON BUKAN ISLAM...PAS akan mencalonkan seorang bukan Islam untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Calon bukan Islam itu adalah dari sayap penyokong parti itu, katanya. Bag… Read More
  • Pengurusan risiko: BNM berpuas hati dengan jawapan Tabung Haji Bank Negara Malaysia (BNM) berpuas hati dengan jawapan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berhubung aspek pengurusan risiko yang dilaksanakan oleh agensi berkenaan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk D… Read More