Monday 8 February 2016

Aura Melayu Kembali Bangkit Di Kuala Kangsar

P_20160207_205253

Daerah Kuala Kangsar, Perak cukup dikenali sebagai Bandar Di Raja negeri Perak. Di sinilah bersemayamnya Duli-Duli Yang Maha Mulia, Sultan-Sultan Melayu Perak dan cukup di kenali sebagai daerah ikonik negeri Perak.

Keindahan negeri ini diserikan dengan penganjuran buat julung-julung kalinya Program Budaya Warisan Melayu Berbusana yang dianjurkan oleh Persatuan Kebudayaan & Muzik Melayu Nusantara Malaysia (Dendang Anak & Warisan Tamingsari) di Dataran Lembah, Kuala Kangsar, Perak.



Program yang dirasmikan oleh Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (menerusi wakil beliau) dan juga akan disertai oleh NGO-NGO Melayu daerah Kuala Kangsar.
Program ini bertujuan bagi membangkitkan semula semangat Melayu dalam membangkitkan semula cara berbusana Melayu yang semakin dilupakan oleh generasi hari ini. Program ini juga diserikan dengan pertujunkan silat, dondang sayang, tarian kebudayaan dan lain-lain lagi.
Menurut salah seorang urus setia yang ketika ditemui sebentar tadi, Puan Zara Shima, program ini juga mengetengah semula mereka-mereka yang pernah mempunyai masalah akhlak seperti penyalahgunaan dadah, penggodam dan lain-lain lagi menunjukkan bakat mereka dalam seni silat, permainan alat muzik Melayu, berzanji dan sebagainya.


Menurut beliau lagi, mereka adalah daripada salah satu pusat pemulihan NGO yang beroperasi hasil daripada sumbangan individu peeseorangan yang terlerak di Kampung Kepayang, Bota Kiri, Perak.
Program ini juga turut di anjurkan oleh Biro Tata Negara (BTN) dan Majlis Kebudayaan Negeri (MKN). Menerusi kerjasama MKN ini, beberapa negeri seperti Terengganu, Selangor, Melaka dan Perak sendiri turut mengambil bahagian dalam mempersembahkan tarian kebudayaan Melayu. Paling menarik, kebanyakan persembahan pada malam ini di pilih secara terus dari anak-anak jati Kuala Kangsar itu sendiri.

“Takkan Melayu Hilang Di Dunia”