Friday 5 February 2016

Apabila Suami Mengakui Wanita Hebat Itu Isterinya Sendiri

040216SuamiIsteriHebat

Bagaimanakah agaknya perlakuan isteri yang akan membuatkan suami membuka mata akhirnya bahawa isterinya adalah seorang wanita terhebat dan paling layak menjaganya sehingga akhir hayat? Mungkin sukar untuk dijawab soalan itu.
Bagi seorang bekas Pengarah program televisyen, kepayahan dan kesanggupan isterinya menjaga dirinya yang mengalami lumpuh cukup untuk membuat dirinya melihat wanita itu sebagai seorang yang hebat.
Helmy Rokman berkongsi sendiri pengalamannya mengenali wanita hebat dalam satu program “Hadith : Open Mic” berkenaan isterinya yang bernama Mashitah Mohamudiah.
“Tengok saya kalau dulu tak macam ni… Saya dulu pun macam orang-orang kat belakang tabir ni jugak… Tapi tiba-tiba Tuhan dah bagi kita, kena redha sahajalah.
“Saya kena ni tahun 2014… kategori lumpuh, sepanjang waktu tu saya sedar yang saya ni ada wanita hebat yang duduk dekat sebelah saya iaitu isteri saya,” katanya.
Menurut beliau, isterinya yang menguruskan semua perkara asas dalam hidupnya tanpa mengenal erti penat dan rela berkorban atas nama kasih sayang sebagai suami dan isteri.






“Sejak hari saya kena tu, 2 Jun 2014, dia lah yang uruskan semua… kalau saya uruskan sendiri memang kelam kabutlah.. Bila dia uruskan, saya tak sangka dia boleh buat semuanya tenang sahaja..
“Saya tanya dia, kenapa relaks sangat ma? dia jawab.. habis tu takkan nak kelam-kabut, kelam kabut nak pergi mana pun.. kita sama-sama dekat ini,” luah Helmy.
Menurut beliau, biarpun menjaga suami merupakan tanggungjawab seorang isteri tetapi diakui sukar untuk mencari wanita yang sanggup memikul tanggungjawab itu dengan bersungguh-sungguh.