Friday 5 February 2016

Akhirnya, Malaysia Menandatangani Perjanjian TPP Di Aukland

20160203222108 (2)

Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) yang menjadi pertikaian ramai pihak sebelum ini, akhirnya di muktamatkan dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed telah menandatangani perjanjian ini bagi pihak Malaysia. Majlis menandatangani perjanjian ini telah diadakan di Aukland, New Zealand, awal pagi tadi.
Dengan mendatanangi perjanjian ini, Malaysia sah menyertai Kerjasama Trans Pasifik yang turut dianggotai oleh Amerika Syarikat selaku peneraju utama, Kanada, Mexico, Peru, Chile, Vietnam, Singapura, Jepun, Brunei, Australia dan New Zealand.

20160203222108 (1)

Sebelum ini, banyak pertikaian diperkatakan terutamanya kemungkinan ancaman kedaulatan negara mungkin menjadi pertaruhan, hak bumiputera dinafikan serta paling utama, negara berada dalam cengkaman Amerika menerusi perjanjian ini. Walaupun, pelbagai penerangan telah diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, namun pihak-pihak ini terus menerus menyampaikan berita yang jauh dari kenyataan.
Menurut Datuk Seri Mustapa, menerusi perjanjian ini, pasaran dan dagangan negara akan lebih terbuka dan boleh menembusi pasaran yang belum pernah dimasuki Malaysia sebelum ini seperi Mexico dan Peru. Walaupun terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia bakal mengalami kesan secara tidak langsung, namun, kerajaan komited untuk terus membantu golongan ini.
Pada Sidang Parlimen Khas yang diadakan pada 26 dan 27 Januari lalu, semua pihak samada dari pihak pembangkang mahupun kerajaan telah membentangkan rumusan mengenai TPPA untuk didebatkan. Pada hari terakhir perdebatan berkenaan, Parlimen telah meluluskan untuk membenarkan kerajaan menandatangani perjanjian ini dengan keputusan 127 menyokong dan 84 menentang.


Untuk makluman, Malaysia diberi keistimewaan khusus dalam banyak perkara sebelum bersetuju untuk menandatangani perjanjian ini. Antaranya, hak bumiputera masih kekal terpelihara, kos ubat-ubatan masih kekal tanpa sebarang kenaikan, sama seperti Australia dan paling utama, Malaysia dibenarkan untuk menilai semula perjalanan TPP ini setiap dua tahun.
Satu lagi keistimewaan khas diberikan ialah, setelah 6 bulan perjanjian berkenaan dibuat, Malaysia masih boleh menilai semula perjanjian ini samada ianya berbaloi atau tidak. Malah Malaysia turut boleh berundur tanpa syarat dari perjanjian ini andai pihak kerajaan mendapati ianya tidak menepati kreteria yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jesteru, tiada sebab untuk kita perlu merasa bimbang setelah Malaysia secara sah menyertai TPP. Sebelum ini, Malaysia telahpun menyertai FTA dimana ianya telahpun ditandatangani oleh Tun Dr Mahathir sendiri. Malah sehingga kini, FTA masih terus berjalan disebalik kebimbangan sebelum ini yang kononnya, para peniaga akan ditekan dan seterusnya menghilangkan margin keuntungan milik mereka.


Sesuatu yang harus di ingat, jika sesuatu yang baru, andai belum lagi kita melaksanakannya, bagaiimana kita boleh menilai sesuatu yang baru itu tidak baik untuk negara? TPP bukan bentuk penjajahan baru kepada negara. Ianya adalah untuk mengembangkan lagi perdagangan dua hala Malaysia dengan negara-negara antarabangsa khususnya para peserta TPPA.