Wednesday 10 February 2016

150 SYARIKAT MINYAK BAKAL MUFLIS..

Kuala Lumpur – Kira-kira 150 syarikat minyak dan gas dunia dijangka jatuh muflis ekoran kejatuhan harga minyak mentah yang terus memberi tekanan kepada keuntungan syarikat.

Menurut perunding tenaga, IHS Inc,bilangan syarikat yang berisiko adalah lebih dua kali ganda daripada 60 pengeluar yang telah memfailkan status bankrap.

Harga minyak mentah telah jatuh 70% dalam tempoh dua tahun dengan pengeluar minyak shal Amerika Syarikat meningkatkan pengeluaran.

Manakala Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum, OPEC membanjiri pasaran dengan bekalan minyak mentah.

Lebih banyak syarikat yang memfailkan status bankrup merupakan petanda harga tenaga telah mencecah paras tercorot.

Selain meningkatkan tawaran bagi aset minyak dan gas yang kini dalam jualan bernilai 230 bilion Dolar Amerika syarikat.