KEMAS melakukan tranformasi penambahbaikan di dalam pengajaran Pendidikan Agama Islam, selaras dengan seruan kerajaan untuk melahirkan individu yg berkualiti. Perlaksanaan Modul Pendidikan Islam mengutamakan bab Akidah dan Ibadah dengan memberi penekanan yang lebih kepada pekara-pekara asas di dalam Islam. Objektif perlaksanaannya untuk melahirkan modul insan yang seimbang selaras dengan perkembangan sosial, intelek, fizikal, emosi dan rohani. Semua guru-guru telah diberi taklimat dan penerangan yang khusus berkaitan dengan PPI ini. Ianya akan dilaksanakan selepas waktu kelas. Penambahan masa sebanyak satu jam akan dibuat setiap minggu.