Thursday, 28 January 2016

Jaminan Sudah Diberi, Masa Untuk Penjawat Awam Tingkatkan Produktiviti - KSN

Penjawat awam perlu meningkatkan produktivi kerja mereka dan terus memainkan peranan sebagai pemudahcara selaras berita baik yang diumumkan kerajaan menerusi pengubahsuaian Bajet 2016.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata mereka juga perlu akui jaminan diberi kerajaan khususnya berkaitan desus desus pemotongan elaun dan gaji sebelum ini, yang nyata tidak benar.
“Ini adalah satu berita baik buat semua penjawat awam termasuk yang berstatus kontrak…jaminan kerajaan bahawa tiada pemberhentian perkhidmatan (kakitangan kontrak) dan potongan kepada mana-mana elaun.
“Saya sarankan penjawat awam janganlah terpedaya atau percaya khabar angin, sebaliknya menumpukan fokus dan usaha kepada melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang ditetapkan khususnya di bawah RMK-11 dan langkah (pengubahsuaian) seperti diumum Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tadi,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau turut menyifatkan pengubahsuaian Bajet kali ini menunjukkan kerajaan sentiasa memberi fokus untuk memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan, terutama ketika kos sara hidup meningkat.
Sementara itu, Ali berkata, sektor perkhidmatan awam juga akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara kepada sektor swasta dalam memastikan aktiviti ekonomi dan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan secara lancar.
“Ini akan dapat menjana hasil pendapatan kepada kerajaan, meningkatkan ‘people economy’ dan memperkukuhkan ekonomi negara,” katanya.

Related Posts:

  • Perebutan Tiga Penjuru PRK Tanjong Datu LUNDU: Pilihanraya kecil PRK Tanjong Datu 18 Feb ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon dari Barisan Nasional (BN), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan parti Parti Bansa Dayak Sarawak baru (PBDS).Ia memb… Read More
  • Petrol Percuma Buat 200 Penunggang Motosikal Anjuran PPUM Parit Buntar PARIT BUNTAR: Lebih 200 penunggang motosikal menerima bekalan minyak petrol percuma yang disumbangkan Pergerakan Pemuda UMNO Parit Buntar di Stesen Minyak Petronas Kuala Kurau di sini, malam ini. Bermula jam 8 malam hingga … Read More
  • Pemikiran Mahathir dan DAP Sama, Kata Pemimpin PAS KOTA BHARU – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan DAP mungkin boleh menjadi ‘sekutu’ yang baik kerana didakwa berkongsi pemikiran yang sama apabila melibatkan isu-isu berkaitan agama Islam. Naib Preside… Read More
  • Flotilla Myanmar: Bangladesh Beri Lampu Hijau Guna Pelabuhan. Kementerian Luar mengesahkan bahawa kerajaan Bangladesh bersetuju membenarkan kapal 'Humanitarian Mission Food Flotilla for Myanmar' berlabuh di Pelabuhan Teknaf. Kebenaran itu diberi berikutan pertemuan antara Menteri Lua… Read More
  • Kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang menjadi kebimbangan rakyat dijangka tidak berpanjangan kerana trend peningkatan harga bahan bakar itu mula menurun sehingga pertengahan pertama tahun ini. Penurunan itu diseb… Read More