Friday, 15 October 2021

DS Rosmah Dibenarkan Ke Singapura Melawat Anak Bersalin


Datin Seri Rosmah Mansor,  isteri Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri ke 6 dibenarkan untuk mendapatkan semula pasport daripada Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.


Ia selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan DS Rosmah,  selaku pemohon untuk mendapatkan dokumen perjalanan itu dikembalikan sementara bagi membolehkan isteri bekas Perdana Menteri itu ke Singapura.


Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, pasport permohon perlu diserah 15 Oktober (hari ini) dan mesti dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember.

Thursday, 12 August 2021

UMNO Parti Milik Rakyat, Perjuangkan Kewajipan Tanpa Ragu-Ragu – Ahmad Zahid

 


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO sebagai parti milik rakyat perlu terus memperjuangkan kewajipannya tanpa ragu-ragu kerana keutamaan parti adalah demi masyarakat Malaysia dan tanah airnya.


Tegasnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), rakyat perlu dilindungi dan negara perlu diselamatkan sebelum terlambat.


“Kepada yang ramai setia kepada perjuangan terima kasih. Saya tahu ahli UMNO kecewa melihat sikap beberapa pemimpin parti mempertahankan Presiden PPBM dan kerajaan gagal.


“Namun itu tidak sepatutnya menjadi kekecewaan yang nyata. Mungkin ia asbab untuk masa depan UMNO yang gemilang.


“Bagi mengertikan UMNO tentang intan dan kaca, yang mana ikhlas kepada rakyat dan parti atau yang mana sebaliknya. Tidak perlu dicari dan digali kerana ia terdedah sendiri. Maka kita semua bersyukur atas kebenaran yang terzahir,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya, hari ini.


Bagaimanapun ujar Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, kebelakangan ini banyak berita membabitkan Presiden UMNO ditulis berdasarkan dakwaan ‘sumber UMNO’.


“Kita wajar berhati-hati dalam menilai berita yang menggunakan maklumat diberi oleh individu ‘anonymous’.”

Soalnya, apakah tujuannya, motifnya, agendanya, kejujuran atau muslihatnya?


“Berkepentingan tertentu, bias atau mahu mengelirukan?

“Semua sedia maklum UMNO sedang berdepan tindakan hebat oleh sang penguasa dan pengikut mereka.


“Gara-gara UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan gagal pimpinan Presiden PPBM, maka Presiden UMNO jadi sasaran propaganda dengan menggunakan apa platform sekalipun,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Wednesday, 9 June 2021

DARURAT TIDAK PERLU CUKUP DENGAN PKP 2.0 - NAJIB


Darurat terbukti tidak memberi apa-apa tetapi hanya membawa kepada mudarat dan kesan negatif ekonomi serta pelaburan pada negara.


Keadaan Covid pula menjadi 6 kali lebih parah berbanding tempoh tiada Darurat.


Dari segi ekonomi dan keadaan Covid, kerajaan hari terbukti gagal walaupun telah diberi kuasa penuh darurat selama 5 bulan dan Malaysia satu-satunya sahaja negara dalam dunia yang gantung perlembagaan dan parlimen dengan alasan memerangi Covid.


Sebab itu, Darurat perlu ditamatkan serta merta.


Jangan dilanjutkan lagi perkara yang tidak memberi sebarang faedah kepada negara dan hanya membawa kepada keburukan.


Dari awal-awal lagi, saya dah beri amaran. Tetapi seluruh negara telah sia-siakan masa 5 bulan dan semakin ketinggalan dengan negara-negara lain.

Friday, 19 March 2021

TIADA LANGSUNG WANG MASUK KE POKET DS ZAHID--Khairudin i.0 SPRM.


 

DS Zahid di tuduh sebab dia presiden umno??


Khairudin saksi pendakwaan yang ke 99 menyambung keterangan dalam menjawab soal balas daripada barisan peguambela DS Zahid mengatakan bahawa tiada langsung wang sumbangan yang di terima masuk ke akaun peribadi( poket)  DS Zahid. Saksi ini mengesahkan bahawa wang sumbangan yang di terima di serah kan kepada Lewis & Co dan di masuk kan ke akaun klien tetuan Lewis & co sebagai pemegang amanah kepada yayasan akal budi.


Tetapi apabila dimaklumkan oleh peguambela bhw oleh kerana tiada satu sen pun masuk ke poket DS Zahid maka ia bukan satu pecah amanah ?? Khairudin tidak bersetuju..bukan ke bahalol nama nya...


Lewis & co telah  di lantik sebagai pemegang amanah kepada yayasan akal budi sebab kegagalan Mejar Maslina menguruskan akaun Yayasan akal budi sebelum ini,  agar pengendalian akaun yayasan akal budi lebih telus..


Oleh kerana tiada kemasukan wang langsung ke akaun peribadi@ poket  DS Zahid maka peguambela mencadang kan bahawa kesemua 47 pertuduhan adalah merupakan pertuduhan berniat politik kerana DS zahid adalah Presiden UMNO dn dgn niat merosak kan nama baik Presiden UMNO dan merosak kan nama baik umno itu sendiri..

Walaupun ia tidak di persetujui oleh Khairudin tapi the facts that 47 pertuduhan yang di buat ke atas presiden umno  tidak pernah berlaku kepada mana mana orang sebelum ini(kata khairudin).....Dosa besar ini engkau tanggung lah Khairudin...😒😒😒

#JusticeForDSZahid


Dari fb Dato Rosni Zahari

Saturday, 13 March 2021

Isu Kalimah Allah Kerajaan Perlu Tangani Segera - Zahid Hamidi


Tanggal 10 Mac 2021 kita dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. 


Selain kalimah Allah perkataan lain yang dibenarkan adalah solat, Kaabah dan Baitullah. 


Beberapa pihak mendakwa hak penggunaan kalimah suci itu bagi tujuan pendidikan dalam komuniti mereka. 


Mereka juga memberi alasan ia tidak menimbulkan sebarang kekacauan kepada keselamatan awam.


Kita menghormati keputusan mahkamah. Namun selaku parti keramat agama, bangsa dan tanah air, UMNO melihat ia episod yang mendukacitakan.


Isu ini sebenarnya telah berlarutan sejak tahun 2008 dan sudah menjadi polemik selama 13 tahun. 


Tentunya ia amat menyedihkan buat majoriti rakyat negara ini yang merupakan orang Melayu beragama Islam.


Saya berpandangan Kerajaan Pusat perlu merayu di mahkamah berhubung keputusan itu. 


Ia selari dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan harus dijamin demi keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama. 


Perkara ini juga pernah saya bangkitkan semasa menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2010:


https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/01/03/kalimah-allah-dikhuatiri-diguna-pendakyah-bagi-tujuan-tersirat-zahid


https://www.youtube.com/watch?v=MpkSEdXAw34


Sebagai rasa tanggungjawab pada agama, saya akan berkomunikasi dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan agar tindakan segera dapat diambil di Mahkamah Rayuan.


Saya bimbang jika isu kalimah Allah ini gagal ditangani pada akhirnya membolehkan pihak tertentu menggunakannya untuk mengelirukan umat Islam dengan tujuan yang tersirat.


#DemiUmmah #islam #KalimahAllah

Sunday, 28 February 2021

The Edge Dedahkan US 16.22 Juta Diterima Oleh Keluarga Zeti Betulkah ?

 

SOALAN UNTUK ZETI, PH DAN PN.

Nak tanya Zeti bekas Gabenor Bank Negara. Betulkah apa yang didedahkan dalam akhbar The Edge semalam? Jangan berdolak dalik. 


The Edge dedahkan, keluarga Zeti menerima US16.22 Juta daripada Jho Low yang menipu  1MDB. Duit itu diterima melalui akaun keluarga Zeti di Singapura.


Berdasarkan artikel itu, Polis Singapura telah maklumkan kepada Bank Negara berlakunya transaksi mencurigakan yang melibatkan akaun milik keluarga Zeti di Singapura.


The Edge mengakui mereka melihat dokumen tersebut. Dokumen itu sebut maklumat rahsia itu telah dikongsi dengan Bank Negara pada tahun 2015 dan 2016.


Ketika itu Zeti masih lagi Gabenor BNM. Mestilah Zeti tahu mengenai skandal tersebut. Dana mencurigakan itu masuk ke akaun Iron Rhapsody Ltd milik suami dan anak Zeti.


Suami Zeti juga adalah rakan kongsi Jho Low melalui syarikat bernama ADKMIC yang ditubuhkan pada tahun 2007. Dari 2011-2013 sejumlah US$153 Juta dipindahkan ke akaun ADKMIC di Singapura oleh Jho Low.


Hanya pada tahun 2019 keluarga Zeti melaui SD (akuan bersumpah) mengaku wang 1MDB  masuk ke akaun mereka. Masalahnya kenapa Kerajaan PN dan Kerajaan PH sembunyikan fakta ini?


Dan kenapa pihak Pendakwa dalam kes bicara DS Najib tidak maklumkan maklumat penting ini kepada pihak peguambela DS Najib? Zeti adalah saksi penting. 


Apa sudah jadi dengan laporan polis terhadap Zeti yang dibuat dua bulan lepas oleh Pemuda UMNO dan beberapa pihak lain?


Apakah ada konspirasi untuk merahsiakannya. Apa muslihatnya?

Saturday, 27 February 2021

RM 10,000 Jumlah Kompaun Meresahkan Rakyat - DS Zahid Hamidi


Menyedari rakyat kini terkesan dengan pendemik Covid 19 kompaun RM10,000 yang akan dikenakan kepada individu yang melanggar SOP pencegahan Covid-19 bermula 11 Mac 2021 menimbulkan keresahan rakyat. 


DS Zahid berkata peraturan baharu itu jika dilihat dengan mata kasar bersifat tegas, tetapi kita khuatir ia akhirnya akan mengundang kemarahan ramai. 


Menurut DS Zahid kita memahami kehendak kerajaan yang mahukan rantaian Covid-19 diputuskan segera dan ia memerlukan tindakan yang ketat.


Namun, kompaun yang begitu tinggi seperti menjerat leher rakyat yang kini sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi. 


Terima kasih kerajaan atas pengeluaran I-Sinar sebanyak RM10,000, I-Lestari RM500 sebulan, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan PERMAI.


Namun ramai mula menyindir mungkinkah bantuan itu akhirnya terpaksa dipulangkan sekiranya mereka secara tidak sengaja terlanggar SOP COVID-19. 


Kita semua sedar rakyat sedang berdepan ketidakmampuan ekonomi ditambah pula kadar pengangguran yang tinggi. 


Jika kompaun sebanyak RM10,000 dikenakan, berapa bulankah gaji bulanan yang diperlukan mereka untuk membayar denda berkenaan?


Masalah lain dikhuatiri berlaku pertelingkahan antara individu yang dikompaun dengan pihak penguatkuasa. 


DS Zahid percaya mana-mana individu menyedari didenda sebanyak RM10,000 pasti akan berasa marah.


Kita faham denda bertujuan untuk mendidik, tetapi bukan alasan untuk menekan hidup rakyat yang sedia ada dalam kepayahan.


Sunday, 21 February 2021

Batch Pertama Vaksin Covid 19 Tiba Di Malaysia


 Pagi yang baik hari ini, 21 /2/2021 Malaysia telah menerima 312,390 dos vaksin jenis Pfizer-BioNTech.


Batch pertama ini cukup untuk 156,195 orang sebab setiap penerima vaksin jenis ini memerlukan dua dos.


Namun perjanjian dengan Pfizer ialah untuk bekalan 12,799,800 dos - iaitu cukup untuk 20% daripada penduduk Malaysia.


Kerajaan menyasarkan 75 peratus penduduk diberi vaksin seawal bulan Februari 2022 iaitu tahap minima untuk Malaysia mencapai imuniti kelompok supaya Malaysia bebas dari Covid 19


Setakat ini, 88 negara di dunia sudah memulakan program vaksinasi masing-masing dengan lebih 202 juta dos diberi.


Antara negara yang paling laju:

Israel: 78.3 dos telah diberi bagi setiap 100 penduduk.

Seychelles: 67.8 dos

UAE: 51.7 dos

United Kingdom: 26.7 dos

USA: 18.46 dos

Kesatuan Eropah: 5.91 dos


Usaha memberi vaksin negara USA dan China pula semakin rancak dengan kadar 1.32 juta dos dan 1.55 juta dos diberi setiap hari masing-masing


Negara-negara Eropah, UK dan USA menyasarkan untuk mencapai imuniti kelompok pada bulan Julai tahun ini.

Wednesday, 17 February 2021

Rosakkan UMNO Serang Presidennya.


 Tanggal 9 Mei 2018 musuh tertawa melihat 'rumah agam' UMNO roboh. 


Puas hati melihat ahli UMNO yang setia kesedihan. Yang kurang setia bagai ayam disambar helang. 


Takdir ilahi aku dipilih mengenggam bara api perjuangan memahat tiang agar kembali berseri. 


Jangan tuduh diri yang serakah. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. 


Namun amanah dan baiah kepada Tuhan azimat penguat semangat. 


Baru saja mula memahat diugut rakan supaya beredar atau ada yang akan meninggalkan saf. 


Tidak lama selepas beredar mereka mufaraqah jua. Ternyata cuma alasan. Ugutan itu dusta. 


'Rumah agam' lain tersedia. Buat apa susah-susah. Selamat tinggal mungkin kerana dirimu begitu berharga. 


Itu mengikhtisarkan pengalaman 6 bulan bercuti atau lepas jawatan bukan penyelesaian. 


Sesiapapun yang diamanahkan akan mereka gasak supaya tiang kekal tidak berseri, kerana itu matlamat utama mereka.


Sekembali memahat, diugut pula seteru supaya henti bertukang. Jika tidak ke dalam kau rasakan.


Pedulikan. Aku percaya keagungan Tuhan. Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Melindungi.


Mereka takutkan bayang-bayang. Mereka tahu 'rumah agam' UMNO sedang dipulih. 


Mereka takut dan resah mahu mengagalkan. Namun aku yakini kudrat ini tidak akan pernah berhenti.

- Zahid Hamidi

Presiden UMNO


Sunday, 14 February 2021

Berapa Dividen KWSP 2020 ?


 

Dividen KWSP tahun 2020 akan diumumkan tidak lama lagi.


DS Najib meramalkan KWSP akan umum dividen yang sama atau lebih tinggi berbanding dividen ASB sebanyak 4.25% diumumkan beberapa bulan dahulu.


DS Najib berkata KWSP akan jelaskan bahawa dividen tahun 2020 diselamatkan oleh pelaburan luar negara yang memberi pulangan yang jauh lebih besar berbanding pulangan domestik.


(Graf-graf sebelah kanan adalah prestasi pasaran saham Amerika Syarikat berbanding Malaysia sejak tahun 2017. Screenshot sebelah kiri pula ialah penjelasan saya pada tahun 2017)


Sebab itu, saya kongsikan semula cerita di sebalik saya dikecam ramai pada tahun 2017 apabila saya kata pada Trump bahawa kita sokong usaha dia untuk membangunkan semula Amerika.


Saya pernah jelaskan isu ini beberapa kali sejak PRU14 termasuk pada awal bulan Disember lalu.


Ini yang saya post tahun lalu:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157536308280952

Geng sebelah sana yang tidak puas hati bahawa saya masih tekan isu skim i-Sinar kata Najib bodoh sebab saya pernah kata pada Presiden Trump bahawa KWSP akan melabur dalam Amerika Syarikat.


Mereka tuntut saya jelaskan kenapa saya bodoh sehingga mahu bantu Amerika Syarikat.


Ok. Mari kita tengok siapa yang bodoh.


Walaupun isu ini dipermainkan cukup hebat oleh PH masa itu kononnya Najib bodoh atau Najib jual negara, saya sebenarnya ada dua pertimbangan utama apabila saya kata begitu pada Presiden Trump masa saya melawat ke USA pada September 2017 itu. 


PERTAMA: Untuk elak negara Malaysia dijadikan sasaran Presiden Trump dalam perang dagang.


Ramai yang tidak tahu bahawa pada bulan April 2017, Malaysia juga telah diletakkan secari rasmi oleh Amerika Syarikat di dalam senarai negara termasuk negara China yang didakwa melakukan penipuan perdagangan.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/13/malaysia-nafi-tuduhan-trump-tipu-perdagangan-rm221-bilion/

Malah, melawan penipuan perdagangan adalah salah satu janji dan keutamaan Trump ketika beliau berkempen untuk menjadi presiden.


Ini sangat berbahaya kepada negara kerana Amerika Syarikat merupakan negara dagangan ketiga terbesar kita.


Jika tuduhan ini tidak dilenyapkan, maka Malaysia bakal  menghadapi sekatan perdagangan.


Eksport negara kita ke Amerika Syarikat juga bakal dikenakan tarif yang tinggi seperti yang kini dialami oleh negara China.


Jika situasi ini berlaku maka eksport negara kepada Amerika Syarikat akan jatuh teruk. 

Beratus ribu pekerjaan dan ekonomi kita akan terjejas.


Tuduhan USA itu dibuat dengan alasan bahawa perdagangan dua hala sejak tahun 1990an melihat Amerika Syarikat mengalami defisit tinggi dengan Malaysia - iaitu nilai ekspot Malaysia ke negara mereka jauh lebih tinggi berbanding import Malaysia dari Amerika Syarikat. 


Akhirnya kerajaan BN masa saya PM berjaya sebab USA tak teruskan dengan dakwaan tersebut dan tidak mengambil langkah menyekat eksport Malaysia kepada mereka.


(Tapi malangnya kerajaan PH dan PN tak jaga perhubungan ini dan Malaysia akhirnya disenaraikan secara ramsi sebagai negara penipu pada Mei 2019. Akibatnya pelbagai sekatan USA dikenakan terhadap syarikat-syarikat Malaysia seperti syarikat pembuat sarung tangan serta syarikat FGV dan Sime Darby sejak tahun lepas. Masa saya PM, tidak berlaku sebarang sekatan macam ini.).


KEDUA: Tabung KWSP dah lama melabur di USA sejak lebih sepuluh tahun dahulu.


Ramai juga tak sedar bahawa jumlah saiz aset KWSP adalah sangat besar berbanding saiz ekonomi tempatan.


Misalnya, jumlah nilai terkumpul (market capitalization) SEMUA syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia adalah RM1,622 bilion pada akhir bulan Oktober 2020 manakala saiz KWSP adalah RM940 bilion.


Erti kata lain, jika KWSP melabur seluruh aset mereka dalam Bursa Malaysia sama rata, KWSP akan menjadi pemegang saham terbesar  dengan pegangan 58% dalam SEMUA syarikat tersenarai Malaysia.


Sudah tentu ini tidak munasabah, tidak mungkin dan tidak akan memberi pulangan yang baik bagi KWSP.


Sebab itu, KWSP perlu mencari peluang perlaburan di luar negara yang memberi pulangan yang lebih baik bagi ahli-ahli mereka.


Dan sebagai ekonomi terbesar dalam dunia, sudah tentu USA merupakan antara destinasi pelaburan luar negara terbesar bagi KWSP.


Seperti dalam carta dalam lampiran di bawah, kadar pulangan dari pelaburan asing KWSP adalah lebih tinggi berbanding pelaburan domestik secara konsisten.


Dan inilah yang sedikit-sebanyak menyelematkan kadar dividen KWSP pada tahun 2018 dan 2019 apabila PH telah jahanamkan ekonomi negara sehingga pasaran saham jatuh menjadi paling corot dalam dunia.


Sebagai contoh, ini apa yang dikata KWSP semasa mengumumkan dividen tahun 2018:


" Walau bagaimanapun, pelaburan luar negara pada tahun 2018 bertindak sebagai penambah nilai kepada keseluruhan portfolio KWSP serta mengurangkan impak akibat ketidaktentuan yang dialami oleh beberapa pasaran sepanjang tahun tersebut."


25 Feb 2019: https://www.kwsp.gov.my/ms/-/epf-gives-healthy-returns-amid-tough-investment-climate


Bagi dividen KWSP tahun 2019 pula, "Dari segi lokasi geografi, pelaburan luar negara meliputi 30 peratus daripada aset keseluruhan dan menyumbang 42 peratus kepada pendapatan keseluruhan." 


"Februari 24, 2020: Kadar dividen KWSP bergantung ekonomi global"


Erti kata lain, kadar pulangan dari aset luar negara KWSP bagi tahun 2019 adalah lebih tinggi sekali lagi berbanding pulangan domestik.


Jika bukan diselamatkan oleh pelaburan luar negara, kadar dividen KWSP bagi tahun 2018 dan 2019 akan menjadi jauh lebih rendah memandangkan pasaran domestik dua tahun itu telah dijahanamkan Gagalkrasi PH.


Memandangan dua pertimbangan saya itu, adakah Najib bodoh sebab telah selamatkan ekonomi negara dari tindakan sekatan perdagangan USA dan juga memastikan ahli-ahli KWSP dapat menikmati kadar dividen yang lebih tinggi?