Jawatan SUA adalah lantikan Presiden dan diterima oleh Ahli Majlis Tertinggi. Terpulanglah kepada presiden untuk melantik sesiapa yang difikirkan layak dan sesuai.
Tiada isu pecat, jika presiden dapati SUA sudah tidak seiring dan kerap bersuara seolah mewakili parti lain.
Bila TS Annuar Musa dilucutkan jawatan SUA BN, dalam tempuh 24 jam sahaja dia dah buat sidang media. Dia menghentam Presiden UMNO DS Zahid Hamidi. Dia menghentam DS Najib.
Begitu juga dengan TS Muhyiddin, apabila beliau dipecat dari jawatan TPM dan disingkirkan dari UMNO, UMNO dibahannya. Bertambah-tambah fitnah ditaburkan terhadap Najib. Dia sertai parti musuh UMNO.
Apabila Mahathir dikeluarkan dari PPBM, Mahathir siap buat parti baru, Pejuang. Dulu Anwar pun apa kurangnya, bila disingkirkan, dah macam nak berperang, reformation bagai.
Cuba kita tengok DS Najib. Ada dia kecoh? Ada dia burukkan sesiapa?
Kita maklum bahawa apabila BN tewas dalam PRU14, DS Najib bukan sahaja teruk difitnah dan ditekan oleh PH, beliau juga teruk dihentam dari dalam. Kepimpinan UMNO juga mengasak dan memberi tekanan. Sehingga DS Najib didesak melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi BN.
Ada pernah kita dengar DS Najib membalas dengan kata-kata kasar? Pernah kita dengar dia sebut nama mana-mana pemimpin yang mendesaknya? Tidak kan?
Yang kita dengar dari DS Najib ialah beliau melepaskan jawatan kerana atas rasa kebertanggungjawaban.
Kita kagum dengan sikap DS Najib yang tidak mahu memanjang-manjang. Sebaliknya ketika itu kita dengar pula ada pemimpin-pemimpin UMNO dengan gah dan bangga menceritakan kisah bagaimana mereka mendesak DS Najib keluar dari kepimpinan tertinggi UMNO. Mereka memaksa DS Najib segera kosongkan bilik Presiden walaupun DS Najib pohon agar diadakan post-mortem terlebih dahulu.
Kami yang pernah menanyanya tentang peristiwa itu, hanya mampu menafsirkan dari raut wajah dan renungannya yang sayu. Cukuplah kami mendengarnya dari pemimpin yang lain.
Walaupun DS Najib tidak lagi sebagai Presiden UMNO, apa yang beliau usahakan selepas itu tidak ubah seperti beliau masih memimpin UMNO.
Kita maklum bahawa ketika UMNO sudah tewas dan nazak, tidak ada pemimpin yang berani bersuara untuk membangkitkan UMNO.
Malah, kebanyakan mereka sudah patah semangat dan tidak lagi yakin bahawa UMNO boleh kembali seperti sebelumnya.
Berbekalkan sokongan dari rakyat yang beliau tidak pernah kenali, sedikit demi sedikit DS Najib mengembalikan roh dan semangat UMNO, sedikit demi sedikit nama UMNO mula segar dan mekar. Dalam tempuh kurang dua tahun UMNO sudah mampu berdiri.
Maka muncullah kembali wajah-wajah ‘pemimpin’ UMNO yang sekian lama menghilang dan membisu menumpang tuah.
Itulah bezanya DS Najib berbanding pemimpin-pemimpin yang lain.
Apakah masih ada dari kalangan ahli dan pemimpin UMNO yang masih buta? Adakah masih ada yang tidak tahu untuk berterima kasih?
RAJA ANNUAR ADNAN