3 Okt -- Semua taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berada dalam zon merah COVID-19 di seluruh negara kini ditutup, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Yasid Bidin.
Tindakan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan murid dan petugas.
Setakat ini, sebanyak 281 tabika dan sembilan taska di Kedah, Terengganu dan Sabah membabitkan 6,699 murid telah ditutup… namun dalam jangkakan mungkin akan ada lagi (tabika dan taska) di zon merah di negeri lain yang akan ditutup. Penutupan itu adalah sehingga mendapat kebenaran untuk beroperasi daripada KKM.
Program anjuran Kemas itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Shabudin Yahaya yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.
Mengulas lanjut, Mohamad Yazid berkata sejak beroperasi semula, tabika dan taska Kemas mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa termasuk membenarkan hanya 30 hingga 50 peratus kehadiran pada setiap hari bergantung pada keluasan kelas.
"Mereka datang ke kelas secara bergilir contohnya jika A datang hari ini esok dia tidak hadir kerana bagi memberi peluang murid B pula hadir.
“Kelas kami juga memang mematuhi SOP ditetapkan malah disanitasi setiap hari oleh petugas Kemas," katanya.
Beliau berkata ketika ini terdapat 11,900 kelas membabitkan 220,000 murid tabika dan taska Kemas di seluruh negara.