Friday, 1 May 2020

Kerajaan Laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) – Muhyiddin Yassin


Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan impak positif wabak Covid-19 di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan perkara tersebut di dalam siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi.

Menerusi PKPB, sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan kecuali perhimpunan besar yang boleh mendatangkan risiko jangkitan covid-19.

1) Sektor ekonomi dibuka semula bermula 4 Mei 2020 secara berhati-hati dengan SOP kesihatan yang ketat. 

2) Bagaimanapun sektor seperti melibatkan orang ramai seperti pawagam, bazar ramadan, bazar Aidilfitri masih tidak dibenarkan.

3) Sukan yang melibatkan sentuhan juga tidak dibenar seperti bola sepak dan sukan dalam dewan.

4) Sukan tidak melibatkan sentuhan seperti jogging, berbasikal, golf dibenarkan dengan syarat penjarakkan sosial dan tiada sentuhan badan.

5) Bagaimanapun Kenduri, aktiviti keagaaman seperti solat jemaah masih tidak dibenarkan.

6) Pergerakan rentas negeri termasuk pulang ke kampung untuk Aidilfitri tidak dibenarkan.

7) Restoran boleh dibuka mulai 4 Mei dengan mengamalkan penjarakan sosial.
8) Semua sekolah, kolej juga masih belum dibuka.

9) Bagi mengelakkan kesesakan di stesen pengangkutan awam, semua majikan disaran melaksanakan waktu kerja anjal.

Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan tetap terus dilaksanakan di kawasan merah bagi membendung penularan Covid-19.