Wednesday, 15 April 2020

Cabaran Mengawal Penjarakan Sosial Taska/Tabika/Prasekolah Elak Covid 19 Menular


Seawal umur 2 tahun hingga umur 6 tahun kanak-kanak umumnya telah didedahkan dengan sesi persekolah samada di Taska ataupun Tabika dan Prasekolah. 
Sikap semulajadi kanak-kanak yang suka bermain dan bergaul antara satu sama lain memang tidak dapat disekat atau dilarang.

Cabaran mengawal penjarakan sosial membabitkan murid TASKA dan prasekolah menjadi pertimbangan utama untuk tidak membenarkan mereka berada di TASKA atau sekolah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
Adalah menjadi kebimbangan jika Taska, Tabika dan Prasekolah kembali beroperasi 

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata pergerakan murid di bawah usia tujuh tahun itu sukar dikawal berbanding yang lebih dewasa.
"Fokus kita adalah tingkatan yang lebih tinggi untuk mudah dikawal.

"Cabaran prasekolah untuk melakukan penjarakan sosial ini adalah satu kekangan utama apabila sekolah dibuka ," katanya pada sidang media, hari ini.