Wednesday, 11 March 2020

Mahathir Akui Guna Media Asing Fitnah Jatuhkan BN ?


Jom semua baca dan faham isu bongkar panas semasa- semoga kita semua banyak dapat ilmu berguna dan insaf diri 

Akhir nye pm 4 dan kembarnye pm 7 mengaku bahwa senjata fitnah telah di gunakan utk menumbangkn BN.

Dalam satu sidang media akhirnya Tun Mahathir mengakui bahawa pihak pakatan harapan (dulu pembangkang) di negara ini menggunakan bantuan media asing untuk memainkan isu-isu persepsi tentang 1MDB. 

Akhirnya sudah terbongkar siapa dalang sebenar yang mengubah dokumen dokumen yang diperolehi menerusi Xavier Justo untuk membuat cerita rekaan dan palsu tentang 1MDB di luar negara.

Malah pada tahun 2015 lagi, facebook Kelab Sayang Tun Dr Mahathir, SSTDM sudah mengesahkan dalam satu posting bahawa Tun Mahathir ada bertemu Justo untuk mengambil dokumen tertentu.

SSTDM menulis “Kalau Untuk Pengesahan Apa Salah nya … takkan nak terima saja tanpa Dokumen Pengesahan Melalui Perjumpaan empat mata…”.Semenjak tahun 2015 lagi, pihak Polis Di Raja Malaysia bersama polis Thailand telah menyiasat bekas Pengarah Eksekutif IT PetroSaudi, Xavier Andre Justo. 

Dalam satu temubual dengan Justo di penjara Thailand, PDRM mendapat maklumat bahawa gerakan untuk mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah dibuat menerusi pengubah- suaian dokumen 1MDB dan PetroSaudi.

Dalam transkrip perbualan Whatsapp telefon Justo turut dijumpai perbualan beberapa orang pemimpin pakatan harapan, orang kanan Mahathir dan Claire Rewcastle Brown, Editor Sarawak Report yang berkonspirasi untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan mengunakan dokumen palsu itu.

Dalam satu temubual dengan News Straits Times, Singapura, Justo menyebut nama Tun Mahathir sebagai salah seorang yang terlibat. Justo menyatakan orang kanan Mahathir ada berjumpanya untuk mengambil dokumen tetapi akhirnya tidak membayar sejumlah wang yang dijanjikan kepadanya.

Lebih teruk lagi dalam perbualan Whatsapp itu Claire Brown berkata mahu meraikan kejayaan menumbangkan Najib dengan segelas arak. Malah Claire Brown telah berjumpa dengan Mahathir selepas itu. Bergambar sekali lagi. 

Rupanya bukan sekali dua mereka berjumpa tetapi banyak kali termasuklah di London semasa Hari Raya Puasa tahun lepas.

Dengan pengakuan Mahathir itu, ianya mengesahkan segalanya, siapa dalang sebenar yang mahu menumbangkan Najib sejak 2015 lagi menggunakan 1MDB sebagai isu dan senjata politik bagi menumbangkan kerajaan. 

1MDB sebenarnya hanya scapegoat, bukanlah isu pun. 

Duit RM42 billion yang didakwa oleh Mahathir sebagai hilang tidak pun hilang.Ia telah dijelaskan oleh CEO 1MDB, Azrul Kanda berulang kali.

Kapal layar, lukisan dan kapal terbang yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB pun ternyata tidak benar. 

Termasuklah dakwaan kononnya ada RM430 juta duit 1MDB di Switzerland, juga tidak benar apabila perkara tersebut sudah dua kali ditolak oleh parlimen Switzerland.

Semua ini cerita rekaan dan palsu kerana dokumen dan sumber yang diguna untuk tumbangkan Najib itu adalah semata mata berdasarkan dokumen yang diubah suai oleh Sarawak Report (SR). Malah portal Malaysian Insider pun sudah ditutup apabila pendedahan oleh Justo itu dibuat.

Syed Saddiq, tukang canang berita palsu dan kini Menteri Belia dan Sukan juga sudah membocorkan rahsia bahawa Tun Mahathir sudah memberi AS$5 juta kepada Yayasan Clinton untuk membayar pihak media asing untuk kempen propaganda menjatuhkan kerajaan Malaysia. 

Sebelum ini pada 10 April 2016, Tun Mahathir dalam satu temubual dengan The Weekend Australian turut menjemput campur tangan asing dalam politik negara.

Jadi apa yang Wan Saiful Wan Jan, yang baru dua tiga hari masuk PPBM dedahkan tentang campurtangan asing menerusi Cambridge Analytica akhirnya terkena ke atas batang hidung anakTun Mahathir sendiri. 

Puas Mukhriz bersilat menafikan, tetapi akhirnya peluru yang ditembak oleh Wan Jan itu memakan diri sendiri bila Azrin Zizal, bekas pegawai media Mukhriz mendedahkan cerita yang sebenarnya.

Ramai sudah keluar parti PPBM kerana tahu agenda peribadi Tun Mahathir ini sejak mula. Mereka tahu 1MDB bukanlah isu pun.

 Mahathir sebenarnya yang tidak berpuashati apabila kroninya tidak lagi mendapat projek berbillion ringgit menerusi IPP. Kerana hendak anak sendiri jadi Perdana Menteri,

kerana agenda kroni-kapitalis yang menjadikan beliau dan anak-anak menjadi kaya raya kerana CASH IS KING, katanya. Mahathir sudah menjadi pengkhianat kepada bangsa dan negara sendiri. 

Undang campur tangan asing untuk menjatuhkan kerajaan demokrasi di negara ini dicemari. Malaysia belum lagi dijajah oleh negara China seperti yang didakwa oleh pemimpin dan macai-macai PH. 

Yang terjajah dan tergadai adalah pakatan haram jadah Malaysia. Mereka sudah menodai dan menggadai diri kepada kuasa dan tangan-tangan asing semata-mata untuk menang PRU14, Pileharaya yang paling kotor dalam sejarah dunia .
(Mahathir Mohamad).

UMNO & PAS