Monday, 24 February 2020
KENYATAAN AKHBAR & SURAT TERBUKA ISU PEGUAM NEGARA
By @MNA at 16:24:00
Kenyataan Akhbar ini dibuat berdasarkan maklum balas daripada pelbagai pihak untuk makluman Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, juga sebagai Surat Terbuka buat rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan menghormat prinsip-prinsip RUKUN NEGARA agar bangkit menuntut dan mendesak supaya Peguam Negara, TS Tommy Thomas dipecat atau segera meletak jawatan.
Prof Madya Dr Baharuddin Aziz, Ph.D, Penyelidek Sosial-Politik: GEMA SUARA MENUNTUT PEGUAM NEGARA SEGERA MELETAK JAWATAN ATAU DIPECAT.
TUNTUTAN DARI PPBM
(1) Tuntutan Dr Maszlee Malik, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM: “Saya meminta YBhg Tan Sri Tommy Thomas untuk kembali mematuhi dasar Kerajaan dan mengutamakan keselamatan negara atau melepaskan terus jawatan sebagai Peguam Negara.” Untuk bacaan penuh rujuk di sini:
https://www.facebook.com/151709604900321/posts/3619763808094866/
(2) Tuntutan Datuk Mohd Rafiq
Naizamohideen, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM: “Untuk kepentingan negara, saya menyeru rakyat Malaysia seluruh negara bersama-sama mendesak Peguam Negara segera meletakkan jawatannya. Sekiranya Peguam Negara tidak mahu meletakkan jawatan, saya merafak sembah memohon pertimbangan, budi bicara & perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Peguam Negara selaras dengan undang-undang negara.”
Untuk bacaan penuh rujuk di sini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2970326232991776&id=100000432865972
(3) Tuntutan Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, Ahli Exco ARMADA PPBM: “Negara Malaysia ini negara berdaulat. Sekiranya Peguam Negara itu sendiri membelakangkan undang-undang dan seakannya tidak mampu memaknai nilai keadilan, pada hemat saya sendiri selaku salah seorang Exco ARMADA merasakan beliau wajar meletakkan jawatan!”
Untuk bacaan penuh rujuk di sini: https://www.facebook.com/m.AshrafMustaqim/posts/792616701235497
TUNTUTAN DARI PEMUDA UMNO
(1) Tuntutan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO: “Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Peguam Negara Tommy Thomas untuk segera meletakkan jawatan kerana semakin jelas kredibiliti beliau telah punah di mata rakyat..”
Untuk bacaan penuh rujuk di sini: https://www.facebook.com/116331768396879/posts/3249169625113062/
(2) Tuntutan Mustafa Shah Abdul Hamid, Ahli EXCO Pergerakan Pemuda UMNO: “Pemuda UMNO mendesak supaya Peguam Negara, Tommy Thomas meletakkan jawatan dengan segera. Kerana lebih lama beliau berperanan sebagai Peguam Negara, semakin porak-poranda undang-undang negara!”
Untuk bacaan penuh rujuk di sini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10222012269244739&id=1501183944
TUNTUTAN DARI PAS
(1) Tuntutan Kamaruzaman Mohamad, Ketua Penerangan PAS Pusat: “PAS dengan tegas menuntut supaya Tan Sri Tommy Thomas dipecat daripada jawatan beliau sebagai Peguam Negara kerana menyalahgunakan kuasa beliau. Jika tuntutan kami tidak dipenuhi, kami akan menggerakkan himpunan rakyat secara besar-besaran bagi menuntut pembersihan dan pemurnian institusi Peguam Negara.”
Untuk bacaan penuh rujuk di sini: https://www.facebook.com/170851869754604/posts/1375397632633349/
(2) Tuntutan Ahmad Fadhli Shaari, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat: “Malaysia tidak perlukan Peguam Negara yang pengecut seperti anda! Kembalikan semula integriti dalam Jabatan Peguam Negara. Kembalikan semula kedaulatan undang-undang! Tommy Thomas sila letak jawatan!”
Untuk bacaan penuh rujuk di sini: https://www.facebook.com/479387615411779/posts/3376845485665963/
TUNTUTAN DARI BERJASA
(1) Tuntutan Hazwan Mohamad, Ketua Pemuda BERJASA: “Sudah tiba masanya untuk rakyat bangkit, desak dan seru supaya Peguam Negara dipecat atas dasar integriti dan kedaulatan undang-undang yang kini jauh menyimpang. Peguam Negara sudah hilang kredibiliti! Sebelum sistem perundangan negara mengalami defisit kepercayaan, maka amat wajar Tommy Thomas dipecat serta merta.”
Untuk bacaan penuh rujuk di sini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10218865446000591&id=1035152442
TUNTUTAN DARI NGO-NGO
(1) Tuntutan Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM): “Tindakan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas ini dan beberapa siri tindakan beliau sebelum ini menzahirkan ketidakmampuan beliau menggalas tanggungjawab sebagai Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Pada hemat PPMM adalah lebih baik beliau mengundurkan diri dari jawatan tersebut secara terhormat. Sekiranya beliau enggan, PPMM merafak sembah kepada Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri agar menggantikan Peguam Negara yang lebih berkemampuan dan telus di dalam melaksanakan tanggungjawabnya.”
Untuk bacaan penuh rujuk di sini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10218015728888431&id=1342285729
(2) Tuntutan Aminuddin Yahaya, Presiden ISMA: “Saya dengan ini menyeru rakyat untuk mendesak supaya Tommy Thomas meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara kerana telah terbukti tidak mampu dan tidak kompeten di mana beliau sering bersikap bias dlm membuat keputusan.”
Untuk bacaan penuh rujuk di sini: https://www.facebook.com/450309788374603/posts/3552275891511295/
(3) Tuntutan Lukman Sheriff, Peguam: “What the AG did in this case was utterly deplorable and brought contempt to the justice system. And for that reason we demand AG to resign with immediate effect failing which we called upon the Prime Minister to sack the AG.”
Untuk bacaan penuh rujuk di sini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10156487009097820&id=669402819
(4)Tuntutan dari Shahbudin Embun, Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu Malaysia: "Peguam Negara wajib di singkir secepat mungkin kerana beliau telah membuat kesilapan besar dalam kes tuduhan LTTE.
"Akhibat perbuatan beliau saya ibaratkan dia telah LEGALISED THE ILLEGALITY OF LTTE'S CASES.
"Jadi kesalahan beliau bukan saja membawa padah pada kedaulatan Undang2 tapi ternampak Peguam Negara ini seolah2 telah menjadi Problem boys pada Kerajaan PH."
Kesimpulan: Kami dengan sebulat suara memohon AG disingkirkan oleh YDPA.