Monday, 27 January 2020
Diskaun Tol Jambatan Pulau Pinang 20 % Banding Dengan 18 % Mana Lebih Bagus?
By @MNA at 18:57:00
Ramai yang tidak mengetahui sejarah konsesi tol Jambatan Pulau Pinang ini memang unik.
Jambatan ini dibina dan dibiayai penuh oleh kerajaan dan siap pada tahun 1985.
Selama 8 tahun dari tahun 1985 hingga 1993, kerajaan pusat bersama kerajaan negeri Pulau Pinang bertanggunjawab untuk kutipan tol.
Tetapi ianya diswastakan pula oleh PM ke-4 pada tahun 1993 sedangkan kos pembinaan ditanggung penuh oleh kerajaan.
Sejak dibuka hingga sekarang, tol Jambatan Pulau Pinang tetap pada kadar RM7 sehingga kini.
Tak pernah dinaikkan walaupun perjanjian konsesi membenarkan kenaikan 10% setiap 3 tahun kerana kerajaan pusat membayar pampasan tahunan.
Kemudiannya konsesi jambatan tersebut dibeli balik secara penuh oleh kerajaan BN masa saya PM pada tahun 2011.
Masa BN dahulu, kita sudah lama memberi diskaun 20% untuk semua warga Pulau Pinang yang menggunakan kad Touch N Go.
Cuma perlu tunjukkan bukti alamat kediaman semasa mendaftar kad tersebut dan kadar tol diturunkan ke RM5.60 iaitu penjimatan RM1.40.
Semalam, Guan Eng dengan amat bangganya umum bahawa diskaun TAMBAHAN RM1.00 akan diberi kepada pengguna kadar Jambatan. Maka kadar tol akan dikurangkan ke RM4.60 akibat diskaun 18% diberi kerajaan PH untuk semua tol milik PLUS.
(Padahal diskaun RM1.40 yang diberi masa BN selama bertahun-tahun lagi tinggi.)
Bertahun-tahun lamanya Guan Eng janji nak hapuskan tol Jambatan Pulau Pinang jika menang PRU.
Lepas menang, tol Jambatan tidak dihapuskan.
Sebaliknya, Guan Eng payung diskaun RM1 tetapi tol dilanjutkan 20 tahun lagi hingga tahun 2058.
Dengan itu, saya tak setuju kerajaan PH turunkan tol Jambatan Linkedua Johor-Singapura sebanyak 18% secara pukal.
Kenapa ktia perlu beri diskaun kepada warga asing sedangkan negara jiran kenakan caj VEP tinggi-tinggi untuk kereta yang masuk ke negara mereka?
Patut gunakan kaedah BN dahulu seperti untuk Jambatan Pulau Pinang jika mahu memberi diskaun 18% kepada warga Johor atau warga Malaysia.
Biarlah pencarum KWSP tambah untung lebih sedikit dari pengguna warga asing Linkedua.
Kenapa pencarum KWSP perlu beri subsidi kepada warga asing yang lebih kaya?
Najib Razak