Menurut Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerjasama politik antara dua parti itu bukannya bergantung pada individu, tetapi muafakat antara dua parti.
“Sedikit tak ada masalah. Itu masalah dalaman UMNO dan bagi saya sesiapa pun sebab persetujuaan muafakat politik ini bukan kerana individu tapi parti dengan parti.
“Siapa pun pimpin UMNO, saya fikir tak ada masalah. Kita boleh bincang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.