Tuesday, 16 April 2019
Ringgit Merosot Mengejut Malaysia Jadi "Sole Loser" - Najib Razak
By @MNA at 19:04:00
Malang lagi bagi Malaysia. Hari ini, matawang Ringgit tiba-tiba jatuh lima sen berbanding US Dollar.
Ringgit merosot secara mengejut hari ini kerana laporan yang dikeluarkan oleh FTSE Russel dari London hari ini telah memberi amaran bahawa mereka ingin menurunkan penarafan bon dan sukuk dari Malaysia.
Ini juga sebab Malaysia sekali lagi menjadi "sole loser" hari ini di mana pasaran saham kita terus menurun walaupun hampir semua pasaan saham di Asia naik.
Jika diturunkan maka bon dan sukuk Malaysia termasuk yang diterbitkan oleh kerajaan tidak lagi akan dimasukkan dalam indeks bon global FTSE Russel bermula September 2019.
Ini bermakna, pelabur-pelabur asing yang meggunakan indeks FTSE Russel sebagai panduan pelaburan mereka akan menarik balik pelaburan sedia ada.dan tidak akan melabur lagi di dalam pasaran Malaysia.
Setelah tabung pelaburan terbesar dunia iaitu tabung negara Norway mengumumkan minggu lepas bahawa mereka tidak akan labur di dalam pasaran bon Malaysia, kini giliran FTSE Russel.
Sekian lama negara kita dimasukkan di dalam indeks bon FTSE Russel dan pelaburan negara Norway.
Kini kita ditendang keluar pulak.
Ini akan melemahkan lagi matawang dan ekonomi negara kita.
- Najib Razak
Related Posts:
Malaysia Hebat 5 Projek Mega Setanding Negara Maju SERONOK bila tengok di kaca tv, bagaimana suasana moden di Jepun dengan kemajuan teknologi dan prasarana yang mesra penduduk dan canggih, sangat mengujakan! Malaysia? Jangan terkejut kalau kami katakan bahawa Malaysia bak… Read More
Santai Dan Swafoto Pada Sesi Dialog TN50 Najib Bersama Penggiat Seni PUTRAJAYA - Kemesraan pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama golongan artis terserlah pada majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri dan Penggiat Seni malam ini. … Read More
Penggiat Seni 'Suri Teladan' Berpengaruh Pacu Hala Tuju Gagasan TN50 PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf penggiat seni sebagai suri teladan yang berpengaruh dalam memacu hala tuju negara dan pembentukan gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).Beliau berkata … Read More
PAN Sayap Kanan DAP, Mahathir Jadi Sayap Kiri Sahaja Parti Cauvinis DAP bukanlah sebuah parti yang berupaya untuk membangunkan rakyat dan membawa negara kita ke arah lebih baik. Lihat sahaja di Penang selepas dua penggal, rakyat Penang yang paling banyak mengadu … Read More
DAP Hipokrit Sembang Kencang Suka Pusing Fakta - Raja Petra Pendirian yang sentiasa berubah-ubah, bersikap hipokrit, tidak bermoral dan tidak bermaruah dalam pelbagai isu termasuk ketika mengulas mengenai kedudukan Exco di Selangor jelas menggambarkan keculasan kredibiliti DAP. Pen… Read More