Saturday, 20 April 2019
Projek 1MDB Bandar Malaysia Aset Terbesar Negara PH Jilat Ludah Sendiri
By @MNA at 14:47:00
Wow.. PM ke-7 kata Projek 1MDB Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion. Sekarang PH bolehlah jilat ludah sendiri, bila sendiri terkejut dengan kehebatan projek hasil dari 1MDB. Sesungguhnya yang teraniya ialah DSNR. Kerana ini adalah hasil kerja beliau untuk bangunkan ekonomi negara.
Dan boleh mengukuhkan nilai Ringgit, memberi impak yang besar ke atas ekonomi Malaysia dan bakal menjadi hab global untuk menarik lebih banyak kewangan global, teknologi dan firma keusahawanan berimpak tinggi.
Menteri Kewayangan pula kata projek 1MDB TRX bernilai RM40 bilion dan antara aset negara terbesar negara.
Tiba-tiba, hutang RM30 bilion 1MDB tidak akan bankrapkan negara dan bukan lagi beban untuk generasi-generasi akan datang.
Tiba-tiba, 1MDB akan menjana keuntungan sangat besar dan memberi manfaat ekonomi dan menjamin masa depan untuk negara.
Belum masuk lagi RM400 bilion diselamatkan untuk negara dari penyelesaian perjanjian penjana kuasa besar berat sebelah dengan pertolongan 1MDB pada tahun 2012.
Belum ambil kira Pangkalan baru TUDM Sendayan yang amat besar, Pangkalan baru Udara PDRM di Subang dan 6 lagi pangkalan TUDM yang dinaiktaraf kerana 1MDB.
Belum termasuk juga perjanjian penyelesaian dengan IPIC untuk mendapat balik semua wang yang dikatakan hilang setelah dihantar kepada mereka.
Ribuan umat Islam yang dihantar oleh 1MDB untuk menunaikan ibadah Haji serta anak-anak muda yang mendapat biasiswa dari 1MDB lebih faham.
Saya redha dah.
- NajibRazak
Related Posts:
Jaminan Sudah Diberi, Masa Untuk Penjawat Awam Tingkatkan Produktiviti - KSN Penjawat awam perlu meningkatkan produktivi kerja mereka dan terus memainkan peranan sebagai pemudahcara selaras berita baik yang diumumkan kerajaan menerusi pengubahsuaian Bajet 2016. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr… Read More
Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Pengubahsuaian Bajet 2016 Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah Menteri Kewangan Kedua Y… Read More
11 Langkah Pengubahsuaian Bajet 2016 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah pengubahsuaian Bajet 2016 di sini hari ini. Langkah-langkah tersebut adalah: 1. Mengurangkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) … Read More
PERTAMBAHAN MASA PENDIDIKAN ISLAM DI TABIKA KEMASKEMAS melakukan tranformasi penambahbaikan di dalam pengajaran Pendidikan Agama Islam, selaras dengan seruan kerajaan untuk melahirkan individu yg berkualiti. Perlaksanaan Modul Pendidikan Islam mengutamakan bab Akidah dan Ib… Read More
KDNK NEGARA 4.7% - MIER Malaysia masih mampu mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.7 peratus tahun ini, meskipun negara menghadapi situasi ekonomi yang mencabar sejak tahun lalu. Pengarah Eksekutif Institut Penye… Read More