Thursday, 11 April 2019
#PRKRantau: Cubalah cabar! Jangan Ingat Anak Muda Bodoh - DS Zahid Hamidi
By @MNA at 21:54:00
Rantau - Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kerajaan agar tidak merendah-rendahkan anak muda kerana golongan itu mampu melihat kebenaran.
Bekas timbalan perdana menteri itu turut yakin golongan muda akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Wahai kerajaan, saya nak ingatkan kamu anak-anak muda terutama berumur 40 tahun ke bawah, kebanyakan mereka menentang arus.
“Sekarang ini kami pembangkang. Kami dianggap sebagai penentang arus. Cubalah bawa ke Parlimen, pinda perlembagaan turunkan umur pengundi kepada 18 tahun. Insya-Allah mereka akan bersama dengan BN.
“Cubalah cabar. Jangan ingat anak-anak muda bodoh,” tegas Zahid.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Taman Angsamas, Mambau, Negeri Sembilan malam tadi.
Ceramah itu merupakan yang pertama disampaikan oleh beliau sepanjang kempen PRK Rantau yang bermula pada 30 Mac lalu.
Beliau yang juga Presiden UMNO mendakwa menerima kedatangan berbondong-bondong anak muda yang menemuinya agar mengambil alih semula tampuk pemerintahan kerajaan.
“Selama ini dalam PRU bertubi-tubi fitnah, tohmah, cerita tak benar dilontarkan kepada rakyat terutama golongan muda.
“Mereka termakan. Mereka percaya dan mereka terpengaruh. (Umur) 21 tahun nak turun ke 18 tahun usia pengundi. Buatlah! Saya tahu nak pinda perlembagaan kena ada 148 undi. Semalam pun tak cukuplah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut mengulas kegagalan kerajaan dalam mendapatkan majoriti dua pertiga selepas semasa perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Rang Undang-undang Persekutuan (Pindaan) 2019 di Dewan Rakyat pada Selasa.
“Patutnya apabila melibatkan perlembangaan terutamanya negeri yang merdeka, DUN di negeri berkenaan dalam Persekutuan Malaysia hendaklah bersidang dulu.
“Dibahas dan bila dapat kemenangan, barulah diangkat kepada Yang Dipertua negeri. Bila sudah diperkenan, dibawa ke Dewan Rakyat sebelum ke select committee dan baru dibawa ke perbahasan dan pembentangan,” katanya.
Sementara itu, beliau mengaku berpuas hati dengan kredibiliti Datuk Seri Mohamad Hasan menjalankan tugas menjaga parti selama ketiadaannya hampir 100 hari.
#PRKRantau
Related Posts:
Mahathir Ternyata Gagal Dengan Sambutan Hangat Rumah Terbuka Bersama PM. Samada Mahathir sendiri atau penulis upahannya yang menulis namun yang jelas ianya adalah dari blog kepunyaan peribadi bekas perdana menteri Malaysia yang ke 4. Ghairah serangan kali ini terhadap PM Najib … Read More
Tindakan Tegas Ke Atas Media Yang Beri Ruang Pada Anggota Daesh - Khalid Pengamal media yang memberikan ruang kepada anggota kumpulan militan Daesh untuk menyampaikan agenda mereka boleh dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar."Media yang ingin mencari kelai… Read More
Agong Adakan Istana Terbuka Aidilfitri Rabu Ini KUALA LUMPUR - Yang Di di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permasuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis istana terbuka Aidilfitri di Istana Negara, di sini pada hari raya… Read More
Pengganti Ahmad Husni dan Devamany Akan Dirujuk Kepada Najib - Zambri IPOH: Pengganti Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri S.K. Devamany masing-masing bagi jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perak dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dirujuk kepada Perdana Menteri, Datu… Read More
Shafie Apdal Keluar UMNO Berkuat Kuasa Hari Ini.. SEMPORNA – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang digantung keanggotaannya dalam UMNO, bertindak keluar parti itu berkuat kuasa hari ini. Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna membuat pengumuman itu ketika berucap pa… Read More