Monday, 1 April 2019
Kuasa kerajaan adalah sangat besar - Najib Razak
By @MNA at 16:13:00
Kerajaan ada kuasa untuk mendakwa apa sahaja atau membuat pendakwaan terhadap sesiapa sahaja.
Mereka juga ada kebolehan untuk membocorkan apa sahaja -benar atau tidak - kepada media yang dikawal mereka untuk memenuhi misi propaganda mereka.
Contohnya, mereka membocorkan kepada media kononnya saya bersalah memberi arahan untuk mengubah laporan audit muktamad 1MDB tetapi apabila pendakwaan dibuat, saya didakwa memohon untuk mengubah DRAF laporan audit berkenaan.
Sama juga, kerajaan boleh menuntut seberapa banyak cukai yang mereka mahu terhadap saya sebanyak dan mengenakan sebanyak penalti yang berganda-ganda jika mereka mahu - biarpun dana yang dituntut itu masih lagi dalam proses mahkamah.
Jika kerajaan PH mahu, mereka boleh menuntut cukai sebanyak RM5 bilion atau RM10 bilion dari mana-mana individu kerana ini dalam kuasa mereka.
Tetapi itu setakat menuntut sahaja. Tidak pasti mereka benar atau berhak menerima. Akhirnya, perlu ikut undang-undang.
Jika kerajaan PH ingin, mereka juga boleh sesuka-hati membocorkan kepada media perihal cukai mana-mana individu walaupun ianya sepatutnya adalah rahsia sebagaimana dikehendaki undang-undang jika mereka fikir ini ada manfaat untuk kepentingan politik mereka.
Sebelum ini, kerajaan PH mendakwa saya menerima berbilion daripada sumber asing.
Pertama sekali, sumbangan politik termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi tidak tertakluk atau dikenakan cukai di bawah undang-undang.
Kedua, sebagaimana ianya pengetahuan umum, pendapatan diperolehi dari negara luar adalah tidak dikenakan cukai seperti di bawah undang-undang percukaian.
Ini disebalik hakikat bahawa saya adalah penjaga kepada dana parti dan segala yang diuruskan adalah bagi urusan parti.
Ini disebalik kerajaan PH sudah mendakwa saya kerana menerima RM2.6 bilion dan kemudiannya turut mendakwa kali saya empat kali kerana memulangkan sebahagian besar wang itu, 4 bulan kemudian.
Ini juga disebalik tuduhan kerajaan PH bahawa wang berkenaan telah dibayar kepada UMNO, MCA, parti-parti lai dan kepada pelbagai NGO dan individu bagi tujuan kerja-kerja politik, dan bukannya untuk kegunaan peribadi.
Kerajaan PH boleh berbuat sesuka hati mereka tetapi saya yakin keadilan pasti muncul dan rakyat akan dapat menilai sendiri sama ada kerajaan ini berlaku adil atau telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan politik mereka.
- Najib Razak
Related Posts:
Bajet BN Lebih Realistik Daripada Bajet Pakatan Harapan Beberapa hari lepas, Pakatan Harapan (PH) telah membentangkan bajet alternatif 2018, dengan gambaran janji-janji manis kepada rakyat. Macam-macam dijanjikan termasuk bulan dan bintang dengan hasil yang berkurang… Read More
Insentif Bajet 2018 Dorong Penjawat Awam Mantapkan Perkhidmatan Pemberian pelbagai insentif kepada penjawat awam menerusi Bajet 2018 wajar menjadi pendorong kepada 1.6 juta kakitangan kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, be… Read More
10 Intipati Menarik Dalam #Bajet2018 Terbukti, pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada petang Jumaat semalam benar-benar memberi manfaat dan menjaga kebajikan rakyat di Malaysia. Semua g… Read More
Bajet BN Lebih Menyeluruh Untuk Rakyat Malaysia Berbeza dari belanjawan pembangkang yang hanya mementingkan syarikat luar negara, barangan import dan golongan tertentu sahaja, Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun… Read More
Zahid Sahabat Susah Dan Senang - Najib SELEPAS mengumumkan pelbagai khabar gembira khusus pembentangan Bajet 2018 sebentar tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakhiri ucapan dengan memberi kata pujian buat timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Menu… Read More