Wednesday, 20 March 2019
Jika Tiada Kelayakkan Kenapa Perlu Jadi Menteri Kewangan?
By @MNA at 18:54:00
Begini kata Mahathir - Kita pilih berasaskan kepada kebolehan tertentu, kadang-kadang apabila berunding, kita perlu ada orang yang boleh diterima pihak lain.” ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin mengetahui mengapa rundingan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diketuai oleh bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dan bukannya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Dr. Mahathir berkata, terdapat juga sekatan-sekatan tertentu dalam pemilihan individu yang akan melakukan rundingan tersebut.
“Sebab itu, kita memilih orang lain setelah dinilai sebagai seorang yang berkelayakan dan berkebolehan untuk berunding dengan negara China.
“Itu lah sebabnya kita memilih Tun Daim,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Sebenarnya Lim Guan Eng tiada kelayakkan untuk berbincang hal ECRL.
Menurut apa yang dikongsikan di laman page DSNR,
Kos ECRL bernilai RM55 bilion benar-benar boleh mencapai RM130 bilion seperti didakwa PH hari ini JIKA semua syarat-syarat berikut dipenuhi:
a) Kadar faedah pinjaman dari EXIM Bank ialah 7% setahun untuk 20 tahun.
RM55b X 7% X 20 tahun = RM77b
RM55b (pokok) + RM77b (faedah) = RM132b.
Tetapi, kadar faedah sebenar adalah 3.25% (bukan 7%) seperti dalam surat pinjaman yang kerajaan BN dahulu telah persetujui.
Dan..
b) Semua dana RM55 bilion dipinjam dan diguna sekaligus pada hari pertama.
Ini mustahil kerana dana dari pinjaman untuk projek pembangunan hanya akan disalurkan secara berperingkat mengikut tahap pembinaan;
Dan..
c) Tidak ada satu sen dari RM55 bilion ini dibayar balik secara ansuran untuk mengurangkan pokok atau principal pinjaman selama tempoh 20 tahun ini.
Ini juga mustahil kerana syarat pinjaman yang ditetapkan dari EXIM bank ialah ECRL mula membayar balik principal pinjaman secara beransuran selepas ECRL mula beroperasi iaitu pada tahun ke-7;
Dan..
d) ECRL tidak menjana satu sen hasil dari penumpang atau kargo selepas mula beroperasi pada tahun ke-7;
Dan..
e) Kerajaan tidak mendapat satu sen hasil dari sebarang cukai termasuk GST, cukai kiorporat, cukai tanah, cukai peribadi, duti setem yang akan dikutip dari kontraktor, pembekal dan pekerja untuk projek ECRL ini atau dari kenaikan KDNK yang dijana oleh projek ini.
Dan..
f) Tidak ada sebarang kenaikan nilai tanah dan harta akan berlaku di lokasi-lokasi berhampiran dengan 22 stesen ECRL yang akan menguntungkan kerajaan.
Jika SEMUA syarat-syarat "a" sehingga "f" dipenuhi, baru betul kos ECRL boleh mencapai RM130 bilion seperti diumumkan oleh kerajaan PH hari ini.
Kos RM130 bilion ini adalah satu lagi propaganda menipu dari PH untuk memburukkan kerajaan BN dahulu, seperti "kewayangan" hutang RM1 trilion mereka.
PH tipu untuk menang.
Selepas menang, mereka terus menipu.
PH tidak akan teragak-agak untuk menipu, tidak kira di mana - termasuk di dalam Dewan Rakyat.
Selepas menang, PH kata kos sebenar ialah RM81 bilion.
Selepas itu dinaikkan ke RM110 bilion.
Hari ini jadi RM130 bilion pulak.
Walaupun PH sering tuduh kos ECRL sebenar hanya RM30 bilion dan BN terlebih bayar, mereka tak pernah memberi sebarang bukti.
Saya pernah tanya PH sekurang-kurangnya 10 kali termasuk di dalam Dewan Rakyat untuk mendedahkan mana-mana laporan yang sebut kos ECRL hanya RM30 bilion dan juga untuk mengeluarkan laporan feasibiliti ECRL yang menunjukkan projek ECRL untung untuk negara.
Namun tidak pernah sekalipun mereka menjawab. Terus membisu.
Sebenarnya, angka RM30 bilion itu adalah kajian dibuat pada 2009 dan hanya untuk jarak 545km sahaja. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 688km apabila BN melancarkan projek itu pada tahun 2016.
Jajarannya juga berubah untuk menjadi lebih efisien dan mengelak dari pengambilan terlalu banyak tanah rakyat serta rumah mereka dan ia turut memerlukan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa.
- Najib Razak
Related Posts:
Program Mukhriz Di Pontian Gagal Dapat Sambutan KUALA LUMPUR – Sambutan majlis bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir di Pontian, Johor, hambar apabila hanya dihadiri 70 orang wakil sahaja. Menurut status perkongsian Tenggara Southeast di Facebook ber… Read More
RUMAH "TERLAJAK MURAH" GUAN ENG BUAT RAFIZI "TERLAJAK DIAM"!!! RUMAH "TERLAJAK MURAH" GUAN ENG BUAT RAFIZI "TERLAJAK DIAM"!!! Hehehe!!! Herankan. Sejak timbulnya pendedahan mengenai isu pembelian rumah "Terlajak Murah" yang dibeli oleh Si Guan Eng tu dibawah harga pasaran, tetib… Read More
Guan Eng Semakin Hilang Punca Diasak Kes Salah Guna Kuasa Sejak pendedahan berani yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahya Jumaat lalu, Lim Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat semakin hilang punca dan kelam kabut bagi menyelamatkan … Read More
Skandal Banglo LGE .. Mana Hilangnya Taring Pemuda Umno... KUALA LUMPUR – Pemuda Umno digesa mengambil tindakan berhubung skandal banglo yang membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia, Rafi Awg Kechik mempersoalka… Read More
Beri Kesetiaan, Ketaatan Tidak Berbelah Bahagi Kepada Pemimpin UMNO - Ahmad Zahid Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan anggota-anggota parti supaya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap pemimpin yang menerajui parti itu.Beliau yang… Read More