Thursday, 7 February 2019
Rafidah Apa Jadi Dengan Tuduhan 40,000 Hektar Tanah Diswastakan? -Najib Razak
By @MNA at 21:46:00
Najib Razak
Apa jadi kepada tuduhan "Demi Allah" Rafidah?
Saya juga ingin bertanya lagi mengenai tuduhan amat berat yang dibuat terhadap saya sebelum PRU14.
Tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz sebulan sebelum PRU14 di mana bekas menteri ini memulakan kenyataan tuduhannya dengan ayat "Saya bersaksi dengan Allah" dan diakhiri dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” kononnya 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik 3 individu dan mereka kini memiliki ‘setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan atau pihak tentera.
Nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan.
Ini satu tuduhan palsu yang amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14 semasa beliau berkempen untuk PH.
Kini, PH telah memegang Putrajaya selama 9 bulan dan boleh merujuk dan membuat siasatan sesuka hati untuk mencari bukti tetapi hingga sekarang, tiada pengumuman ataupun kenyataan pernah dibuat mengenai tuduhan yang amat serius ini.
Sekadar memeriksa Surat Hakmilik sudah tahu kebenaran. Tak sampai setengah hari pun.
Inipun sudah masuk 9 bulan.
Apa telah jadi dengan tuduhan "Demi Allah" ini?
Najib Razak
Related Posts:
Projek-Projek Zaman Che Det Tidak Pernah Dibatalkan Di Era BN - Najib Razak Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak pernah membatalkan projek-projek di bawah pemerintahan Perdana Menteri terdahulu sepanjang sembilan tahun memegang jawatan itu. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau ma… Read More
ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG SUNGGUH MENYAYAT HATI BUAT DATO’ SRI Najib Razak DAN DATIN SRI ROSMAH 7/2/2019 merupakan Ulangtahun Perkahwinan Dato’ Sri Najib Tun Razak, Mantan Perdana Menteri dan isteri kesayangan beliau Datin Sri Rosmah Mansor yang ke 32. Beberapa jam yang lalu, pasangan ini penuh ceria buk… Read More
Najib Tanya Menteri PH, Kenapa Kos Kamera AES Zaman PH Lebih Mahal Dari Zaman BN? Kesediaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menambah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di semua lebuhraya tidak terlepas daripada kritikan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau mendapati, harga … Read More
Rafidah Apa Jadi Dengan Tuduhan 40,000 Hektar Tanah Diswastakan? -Najib Razak Apa jadi kepada tuduhan "Demi Allah" Rafidah? Saya juga ingin bertanya lagi mengenai tuduhan amat berat yang dibuat terhadap saya sebelum PRU14. Tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz sebulan sebelum PRU14 di mana bekas men… Read More
Bahaya Sangat Ke Saya Main Facebook? - Najib Razak KERAjaan Pakatan Harapan (PH) pernah memohon kepada hakim supaya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atau menggunakan media sosial termasuk Facebook dan Twitter. Mantan Perdana Menteri b… Read More