Thursday, 7 February 2019
Projek-Projek Zaman Che Det Tidak Pernah Dibatalkan Di Era BN - Najib Razak
By @MNA at 13:06:00
Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak pernah membatalkan projek-projek di bawah pemerintahan Perdana Menteri terdahulu sepanjang sembilan tahun memegang jawatan itu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau malahan cuba menambah baik lagi projek atau pembangunan sedia ada kerana semangat tersebutlah yang sepatutnya dipegang oleh kerajaan.
Saya tak pernah batalkan projek (Tun) Dr. Mahathir (Mohamad)… LIMA (Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi) itu pun saya teruskan.
“Inilah semangat kita, kita tak boleh batalkan orang dahulu buat (tapi), kita buat lebih baik daripada dahulu,” katanya semasa berucap dalam Majlis Santai UMNO dan Pas di Wisma UMNO Bahagian Langkawi malam tadi.
Tambah Najib, beliau juga tidak pernah menafikan jasa Dr. Mahathir dalam membangunkan Pulau Langkawi.
“Saya tak nafikan apa Che Det (Dr. Mahathir) buat untuk Langkawi, jadi apabila saya jadi Perdana Menteri saya bawa ke peringkat lebih tinggi lagi dan kalau ada Perdana Menteri lain nanti (patut) bawa ke peringkat lebih tinggi juga,” ujarnya.
Beliau dalam ucapan itu turut berkongsi beberapa projek pembangunan yang diluluskannya ketika menjadi Perdana Menteri iaitu antaranya kelulusan tambahan 300 katil di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan rumah kos rendah berjumlah 1,000 unit.
“Saya bangunkan juga projek kabel dasar laut kepada penduduk Pulau Tuba yang berharga RM50 juta bagi mengatasi gangguan elektrik di situ, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebanyak RM89 juta dan RM600 juta untuk loji air.
“Bukan sekarang nak batal segala-galanya, batal-batal ini siapa pun boleh buat.. tiada masalah,” katanya dipercayai merujuk kepada beberapa projek mega negara yang masih menjadi tanda tanya.
Dalam pada itu, Najib turut berkongsi kekecewaan pemandu teksi di pulau pelancongan itu terhadap isu grab atau e-hailing yang dijanjikan akan dimansuhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Grab ini menyebabkan orang teksi nak dapat RM60 sehari pun susah, kerja dari pagi sampai malam kena potong itu potong ini. Grab tak ada apa peraturan, depa (mereka) pakai selipar, kain pelikat pun boleh bawa kereta.
“Sampai hari ini tak boleh buat (mansuh), kalau tak boleh haramkan Grab sekurang-kurangnya letak ia setara dengan teksi, kalau teksi kena PSV, Grab pun kena ada PSV dan kalau teksi ada insuran, Grab pun sama supaya keadilan kepada pemandu teksi di Langkawi dan tempat-tempat lain,” katanya.
Related Posts:
Projek-Projek Zaman Che Det Tidak Pernah Dibatalkan Di Era BN - Najib Razak Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak pernah membatalkan projek-projek di bawah pemerintahan Perdana Menteri terdahulu sepanjang sembilan tahun memegang jawatan itu. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau ma… Read More
Rafidah Apa Jadi Dengan Tuduhan 40,000 Hektar Tanah Diswastakan? -Najib Razak Apa jadi kepada tuduhan "Demi Allah" Rafidah? Saya juga ingin bertanya lagi mengenai tuduhan amat berat yang dibuat terhadap saya sebelum PRU14. Tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz sebulan sebelum PRU14 di mana bekas men… Read More
Selepas Di Serang Bertubi2, Ini Hantaran Troll Terbaru Najib Kepada PH Mantan Perdana Menteri, BossKu DS Najib Razak menasihatkan penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan agar tidak “panas” dengan kehadirannya pada pilihan raya kecil Semenyih. Katanya, dirinya tidak lagi mempunyai jawatan bai… Read More
Najib Tanya Menteri PH, Kenapa Kos Kamera AES Zaman PH Lebih Mahal Dari Zaman BN? Kesediaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menambah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di semua lebuhraya tidak terlepas daripada kritikan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau mendapati, harga … Read More
ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG SUNGGUH MENYAYAT HATI BUAT DATO’ SRI Najib Razak DAN DATIN SRI ROSMAH 7/2/2019 merupakan Ulangtahun Perkahwinan Dato’ Sri Najib Tun Razak, Mantan Perdana Menteri dan isteri kesayangan beliau Datin Sri Rosmah Mansor yang ke 32. Beberapa jam yang lalu, pasangan ini penuh ceria buk… Read More