Tun Dr. Mahathir berpendapat jumlah penjawat awam yang dimiliki kerajaan ketika ini adalah terlalu besar dan perlu dikurangkan. Kenyataan yang dibuat sering berubah. Hari ini kata lain, esok tak mustahil lain pula yang keluar.
Perdana Menteri memberitahu jumlah terkini penjawat awam adalah seramai 1.7 juta dan telah meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003. Perdana Menteri tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian. Sepatutnya selidik dan buat kajian terlebih dahulu.
Peningkatan jumlah penjawat awam bukan mustahil kerana menurut DATA Jabatan Perangkaan mendapati penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.4 juta orang pada 2018 dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 1.1 peratus.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata ia berdasarkan Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2018 yang membentangkan anggaran penduduk pertengahan 2017 dan 2018.
Ini menjawab penyataan beliau Apabila saya letak jawatan jumlah anggota pentadbiran hanya satu juta sahaja sekarang sudah meningkat kepada 1.7 juta, peningkatan sebanyak 700,000 lagi.
“Saya berpendapat bahawa saiz pentadbiran kita itu terlalu besar, sebaliknya dengan menggunakan teknologi maklumat, komputer dan sebagainya kita boleh kurangkan saiz ini,”
Berdasarkan statistik utama penduduk berasaskan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 (Banci 2010) yang mengambil kira tiga komponen utama perubahan penduduk iaitu kelahiran, kematian dan migrasi bersih.
“Pada 2018, penduduk Malaysia dianggarkan sebanyak 32.4 juta orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 1.1 peratus.
Jika tiada peluang pekerjaan apa akan jadi kepada seramai 54,103 siswazah universiti menganggur dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian masing-masing pada tahun lepas,
Jumlah itu adalah berdasarkan kepada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang menyaksikan 238,187 siswazah menamatkan pengajian tahun lepas.
Peluang pekerjaan di sektor awam salah satu ruang bagi graduan bekerja. Mengapa Perdana Menteri perlu menyalah pertambahan kakitangan awam? Tugas kerajaan mewujudkan peluang kerja, bukan memecat dan buang pekerja.
Kerajaan yang berjaya menyelesaikan masalah bukannya menjadikan masalah sebagai alasan.
Kerajaan perlu bantu rakyat. Kerana rakyat telah memilih kamu.